Anwar menekankan keperluan Malaysia membina ekosistem semikonduktor yang kukuh dengan dasar jelas, infrastruktur mantap, kecemerlangan penyelidikan dan tenaga mahir agar negara mampu bersaing di peringkat global.
karnival berkenaan memberi impak positif kepada peniaga kecil, pengusaha inap desa serta pengusaha makanan dan hasil tani di sekitar Sabak Bernam
Pemeriksaan menemui pelbagai jenis sekerap plastik, dua mesin ‘extrusion’, serta buangan terjadual termasuk sisa elektrik, elektronik dan bateri asid plumbum yang disimpan di premis
Projek berkenaan bakal mengembalikan semula suasana pantai berpasir yang menjadi daya tarikan utama kawasan peranginan itu suatu ketika dahulu.
Bil air resort itu pernah direkodkan serendah RM36 sebulan, jumlah tidak masuk akal bagi premis penginapan yang mempunyai lebih 40 bilik, dewan dan kafe
Hasil kajian pihak perunding mendapati hakisan berpunca daripada air pasang besar disertai ribut dan angin kencang yang menghasilkan ombak luar biasa.
Selangor mahu terus dikenali sebagai negeri moden tanpa meninggalkan warisan, nilai budaya dan sejarah yang membentuk identiti rakyatnya
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor hari ini mengutip RM277,030 menerusi Lelongan Awam Kenderaan Sita Siri 3 tahun ini, sekali gus melebihi nilai rizab keseluruhan berjumlah RM133,580.
Selangor mudah terdedah dengan gejala rasuah berikutan status negeri berpendapatan tinggi, kata pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Seramai 80 murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Al Afsari, Saujana Putra, Puchong tidak dibenarkan menduduki Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (UPKK) tahun ini kerana tidak berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Setiap aduan yang diterima, termasuk melibatkan pihak berkuasa tempatan (PBT) disiasat secara terperinci
Langkah segera itu diambil bagi membolehkan semua calon menduduki peperiksaan di sekolah berhampiran yang berdaftar dengan Jais tanpa sebarang gangguan.
Inisiatif itu merupakan sebahagian daripada usaha bagi memastikan kutipan fidyah diagih secara berkesan dan memberi manfaat kepada golongan sasar di seluruh negeri
Galeri Shah Alam memainkan peranan penting dalam memupuk serta mengetengahkan bakat seni.
Pameran menampilkan koleksi eksklusif milik Pakha Sulaiman dibuka kepada umum bermula semalam hingga 16 November ini.
Acara yang berlangsung sejak semalam hingga 16 November itu menghimpunkan pelbagai aktiviti termasuk pameran seni, jualan bazar, bengkel serta aktiviti komuniti.
Tahun lalu, SIBS mencatat nilai potensi urus niaga sebanyak RM13.86 bilion menerusi dua siri penganjuran.
Semua cadangan itu masih di peringkat perbincangan dan tertakluk kepada kos serta kemampuan negeri.
Penduduk Apartment Mutiara Court, Taman Bukit Permai di sini masih trauma dan bimbang keselamatan selepas kejadian runtuhan batu yang mengakibatkan beberapa kenderaan rosak, semalam.
Kawasan yang diceroboh ini merupakan bekas tanah rizab Tenaga Nasional Berhad (TNB) berstatus tanah kerajaan.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.