Mayat lelaki ditemukan terapung di lombong rekreasi Rawang

23 Jul 2026, 12:21 AM
Mayat lelaki ditemukan terapung di lombong rekreasi Rawang
Mayat lelaki ditemukan terapung di lombong rekreasi Rawang

SHAH ALAM, 23 JULAI: Mayat seorang lelaki ditemukan terapung di sebuah lombong di Taman Tasik Rekreasi Tun Perak, Taman Jati, Batu 17, di sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ibrahim Husin berkata pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat itu kira-kira jam 7.45 pagi.

Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa ialah lelaki berbangsa Cina, warganegara Malaysia, yang ditemukan terapung di permukaan lombong.

"Hasil pemeriksaan di lokasi mendapati tiada sebarang unsur kecederaan luaran pada tubuh mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mayat dihantar ke Hospital Selayang untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Beliau berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu laporan penuh bedah siasat.

Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Ketua Polis Balai Rawang, Insp Zharif Zakaria di talian 03-60916222 atau Bilik Gerakan IPD Gombak di 03-61262222.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.