Media Selangor

ADUAN PENERBITAN

Borang Rasmi Aduan Awam

Majlis Media Malaysia (“Majlis”) kini telah memasuki Fasa 2 Mekanisme Ketidakpuasan Hati Majlis Media Malaysia (“Fasa 2”), yang akan berkuat kuasa mulai 7 April 2026 sehingga 30 September 2026.

Sebahagian daripada pelaksanaan Fasa 2 ini, Majlis akan mula menerima aduan hanya melalui borang pengemukaan aduan rasmi Majlis. Oleh itu, sila ambil maklum bahawa Majlis tidak lagi menerima pengemukaan aduan melalui e-mel.

Sebelum mengemukakan aduan, anda diminta untuk merujuk kepada Kod Tatalaku dan Mekanisme Ketidakpuasan Hati Majlis Media Malaysia untuk mengenal pasti sama ada terdapat sebarang kemungkinan pelanggaran terhadap mana-mana peruntukan dalam Kod Tatalaku Majlis.

Sekiranya anda percaya ada berlakunya sebarang kemungkinan pelanggaran Kod Tatalaku Majlis, sila sediakan maklumat dan dokumen berikut untuk mengemukakan aduan:

  1. Maklumat peribadi anda sebagai pengadu termasuk nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon, pekerjaan, nama majikan, alamat rumah, dan alamat emel.
  2. Maklumat Responden termasuk nama syarikat media di mana artikel atau kandungan diterbitkan.
  3. Salinan artikel atau kandungan yang ingin diadukan, berserta dengan tangkap layar (screenshot), gambar, pautan URL, dan tarikh penerbitan.
  4. Salinan semua surat-menyurat anda dengan Responden mengenai isu yang diadukan, jika ada.
  5. Terangkan bagaimana artikel atau kandungan berkenaan memberikan kesan peribadi kepada anda.
  6. Adakah perkara aduan tersebut merupakan perkara yang sedang dibicarakan dalam mana-mana prosiding Mahkamah? Jika ya, sila berikan butiran yang berkaitan.
  7. Sebarang maklumat lain atau dokumen sokongan yang ingin anda nyatakan atau kongsikan kepada Majlis.

Borang Pengemukaan Aduan Rasmi

Aduan yang tidak lengkap tidak akan diterima oleh Majlis. Majlis hanya akan menerima aduan yang dikemukakan melalui borang ini dan tidak akan menerima aduan melalui e-mel, telefon, atau sebarang kaedah lain.

A

Maklumat Pengadu

B

Surat-menyurat Pengadu dengan Responden

C

Butiran Artikel atau Kandungan Aduan

D

Status Undang-undang dan Maklumat Tambahan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, hubungi Sekretariat Majlis di awam@majlismedia.my
Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.