Ladang ini sepertinya dibajai konspirasi/ pokok-pokok puaka tinggi tercegat/ kebanyakannya berwarna kuning langsat/ dahan menggantung buah-buah terlarang/ sebagai habuan para kera temberang
Ramai penulis muda hadir dengan teknik baharu, bahasa segar dan eksperimen bentuk yang menarik. Namun tema yang dominan sering berlegar pada ruang yang selamat: cinta, keluarga, nostalgia, pencarian diri atau konflik peribadi.
Malam itu, di bawah tanglung merah yang masih bergoyang, aku membuat keputusan. Aku tidak akan melawan Kuda Api dengan kekerasan, tetapi dengan arah dan haluan.
juri-juri mengangkat palu/ daripada bayang/ mengukur terang/dengan neraca angin.
Suatu pagi, serbuan dibuat. Idris disoal siasat berhari-hari. Idris akur. Nama Dato Harun tidak disebut. Naratif dibacakan kepadanya lalu dia angguk. Tiada bantahan. Dia sudah penat. Dia sudah tahu dirinya dikambinghitamkan.
di pelataran Madinah/- lihatlah pedusi ini. tegar memilin hujan/ ketimbang payung mengurung/ menangkal menjadi rani/ di jeluk pestaka religi.
Tiga lelaki laut itu bercerita sambung-menyambung bersilih ganti. Dulu kala pernah ribuan ekor kuda laut memasuki sebuah pulau. Tidak sampai sekelip mata pulau kecil itu berada dalam taklukan kuda laut. Setiap kali ada kejadian tergempar sudah mesti lelaki yang hidup satu abad jadi pakar rujuk.
serigala sudah mengantuk dan nyanyuk/ ular berbisa tercabut daya sambar petir/ kera sudah hilang lincah dan cerdas/ burung merak membuang bulu dan ekor
"kalian algojo!/matahari membakar janji/ angin merobek doa kami/ gunung menenggelamkan jerit bumi."
Hari itu diteruskan seperti biasa–makan, bekerja, bernafas seperti selalu–walaupun kedua-duanya melangkah dengan lebih berhati-hati, seakan-akan takut misai itu masih hidup dan mampu mendengar setiap jejak mereka.Esoknya, misai itu tumbuh semula.
Dia meluru ke arah diriku, mengoyak bajuku yang sudah sedia lusuh. Kain bajuku tercarik dan kulit dadaku terhiris dalam dek kukunya yang tajam dan halus. Aku menepis. Bergerak selangkah dua ke belakang. Garisan-garisan darah mengalir turun ke seluarku.
pada bibir nafsu/ dicangkuk pujuk/ mencium plastik/ kesal; terkebil-kebil
Aku cuba mempersetankan kehilangannya dan mula mengarang. Tangan kiri terasa pegal. Kekok. Hujung jari telunjuk dan ibu jari menyuarakan kejanggalan.
dalam pengorbanan ibu/ darah menetes sebagai zat/ yang mengenyangkan anak/ sepanjang hayat
Wanita berambut merah dirakam dari jauh sedang merokok dan ada foreground yang agak bokeh. Di foto tersebut, wanita berambut merah itu sedang menyalah api dan membakar rokok.
mulut si penyair mabuk ingin waras kembali/ terloncatlah keluar ketulan kata, betapa hodoh/ dan tertanya-tanya mengapa/ tidak ia terbit sebagai hikmah atau doa?
Beberapa bulan lalu aku mengutipnya di siring jalan/ ibunya mati ditabrak kenderaan lalu-lalang/ ia di sana meraung-raung hilang punca/ sesekali datang ke mayat ibunya yang berkecai
Dalam dunia hikayat ini, saya rasa tiada keperluan untuk Raden Inu menukar jantina. Dunia lebih adil kepada seorang lelaki berbanding seorang perempuan. Galuh Cendera Kirana terselamat daripada penindasan kerana dia memilih untuk menjadi lelaki.
Konflik Badak dan anak perempuannya terjadi kerana satu punca; pertembungan bunyi. Antara tuli dan hiruk, antara pekak dan muzik.
Dipijak berat fail/ Terhalang keluar/ Meski jam kerja tamat/Godaan pintu/ke lorong kelam/ berpulangan besar.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.