Parlimen Bangi terima dana RM17.45, laksana 104 projek

23 Jul 2026, 2:30 PM
Parlimen Bangi terima dana RM17.45, laksana 104 projek

SHAH ALAM, 23 JULAI: Sebanyak RM17.45 juta dana pembangunan disalurkan ke Parlimen Bangi menerusi Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) sejak 2023 hingga kini, melibatkan 104 projek.

Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan berkata perkara itu dimaklumkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menerusi jawapan bertulis di Parlimen berhubung jumlah dana yang disalurkan kepada MPKj mengikut kawasan Parlimen bagi tempoh 2023 hingga kini.

“Alhamdulillah, dari tahun 2023 sehingga kini, RM17.45 juta telah disalurkan kepada Parlimen Bangi melalui MPKj yang meliputi 104 projek,” katanya menerusi Facebook.

Berdasarkan infografik yang dikongsikan, sebanyak 28 projek bernilai RM3.58 juta diluluskan pada 2023, diikuti 48 projek dengan peruntukan RM8.07 juta pada 2024.

Bagi 2025, sebanyak 27 projek menerima peruntukan RM4.49 juta, manakala tahun ini dua projek lagi diluluskan membabitkan peruntukan RM1.3 juta.

Menurut beliau, peruntukan itu memberi tumpuan kepada empat skop utama pembangunan berimpak tinggi, iaitu infrastruktur, kemudahan awam, keselamatan dan pembangunan sosioekonomi.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.