SHAH ALAM, 22 JULAI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan dua daerah di Selangor sehingga jam 7 malam ini.
MetMalaysia memaklumkan kawasan terjejas di Selangor ialah Hulu Selangor dan Gombak.
Amaran sama turut melibatkan Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim di Perak; Gua Musang di Kelantan; Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman di Terengganu.
Selain itu, cuaca buruk turut dijangka melanda Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Jerantut di Pahang; Mersing di Johor; beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah serta Labuan.
MetMalaysia menjelaskan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi sejam.
Menurut jabatan itu, amaran ribut petir ialah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.







