SHAH ALAM, 13 DIS: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan hadir ke Majlis Santapan Diraja sempena Hari Keputeraan Baginda ke-76 pada 10 Disember lalu.
SHAH ALAM, 11 DIS: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor bertitah negeri ini perlu meningkatkan usaha bagi menarik pelabur asing di sebalik kelembapan ekonomi.
GOMBAK, 11 DIS: Sebanyak 95 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) seluruh Selangor menerima bantuan infrastruktur dengan dana berjumlah RM4.9 juta.
SHAH ALAM, 11 DIS: Semua lapisan masyarakat diminta tidak menimbulkan isu perkauman yang membangkitkan emosi, seru Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor.
SEPANG, 8 DIS: Seorang penganggur yang dipercayai mempunyai masalah kesihatan mental, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh bapanya di rumah mereka di Kampung Jenderam Hulu, Dengkil, minggu lalu.
SHAH ALAM, 7 DIS: Seramai 87 tokoh dan individu bakal dikurnia darjah dan bintang kebesaran sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan ke-76 Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada 11 Disember ini.
SHAH ALAM, 7 DIS: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat ke pameran seni ‘An Evening with Latiff Mohidin on his New Works’ di Kuala Lumpur.
CYBERJAYA, 6 DIS: Seorang pesara tentera meninggal dunia selepas dicederakan dengan pisau pemotong kek selain dipukul bertubi-tubi oleh anak lelakinya yang dipercayai mempunyai masalah kesihatan mental, dalam kejadian Rabu lepas di rumah mereka di Kampung Jenderam Hulu, di Sepang.
PETALING JAYA, 6 DIS: Selangor mampu mengekang Covid-19 hasil sokongan semua pihak di peringkat akar umbi meskipun sebelum ini pernah mencatat jumlah kes tertinggi, kata Dato’ Menteri Besar.
SHAH ALAM, 6 DIS: Kerosakan tanaman ekoran serangan hama akhir tahun lalu tidak melunturkan semangat badan pengurusan bersama (JMB) Pangsapuri Seri Bakawali, Bukit Sentosa, Hulu Selangor untuk bangkit mengusahakan kembali laman hijau.
SHAH ALAM, 1 DIS: Sasterawan Negara Dato' Dr Anwar Ridhwan dijadual membuat penampilan khas pada hari pertama Pesta Buku Selangor 2021 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini esok.
SHAH ALAM, 1 DIS: Inisiatif Kerajaan Negeri melaksanakan program baharu, Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas) membantu rakyat meneruskan kehidupan mendepani pasca Covid-19.
KAJANG, 1 DIS: Seramai 42 graduan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) dinobatkan sebagai pelajar terbaik pada istiadat konvokesyen ke-23 yang diadakan mulai hari ini hingga 6 Disember.
SHAH ALAM, 30 NOV: Ketua Pembangkang menyambut baik pengumuman Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari mengenai rancangan pembangunan ekonomi di Sabak Bernam.
SHAH ALAM, 29 NOV: Polis menumpaskan satu sindiket pemprosesan dan pengedaran dadah jenis heroin dan pil ekstasi menerusi enam siri serbuan di sekitar Selangor, hasil penahanan 10 lelaki tempatan pada 22 Nov lalu.
KAJANG, 29 NOV: Tiga remaja yang juga pelajar senior sebuah madrasah di Hulu Langat hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan mencederakan dua pelajar junior di madrasah yang sama bulan lepas.
SHAH ALAM, 29 NOV: Skim Iltizam Anak Selangor yang menawarkan pembukaan akaun Sijil Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) Prime dengan sumbangan RM100 setahun dapat membantu segelintir ibu bapa yang tidak berkesempatan menabung untuk pendidikan anak-anak.
SHAH ALAM, 29 NOV: Dana Bantuan Guaman yang diumum menerusi pembentangan Belanjawan #Selangor2022 bukti Kerajaan Negeri prihatin nasib rakyat.
SHAH ALAM, 29 NOV: Wanita di Selangor dianggap bertuah kerana diberi ruang untuk meningkatkan tahap pendidikan melalui Program Pembelajaran Sepanjang Hayat.
SHAH ALAM, 28 NOV: Polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor menahan tujuh lelaki disyaki terlibat dengan kegiatan judi dalam talian selepas menyerbu sebuah kondominium mewah di Persiaran Anggerik Vanilla, Kota Kemuning petang semalam.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.