KUALA LUMPUR, 13 FEB: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada empat keluarga daripada kategori miskin tegar di Parlimen Tambun hari ini, sebagai usaha membantu mereka keluar sepenuhnya daripada kemiskinan tegar.
SHAH ALAM, 13 FEB: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat hingga 9 malam.
JASIN, 13 FEB: Masih terngiang-ngiang di telinga Muhammad Khairuddin Sa’ari, 35, jeritan meminta tolong isteri dan empat anaknya yang terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Berangan Enam, Umbai di sini pagi tadi.
PUTRAJAYA, 13 FEB: Pasukan Inspektorat Penguatkuasaan Jabatan Imigresen (JIM) akan ditugaskan untuk menjalankan pemeriksaan di bazar Ramadan bagi memastikan tiada peniaga memindahkan lesen mereka kepada pihak lain khususnya kepada warga asing.
SHAH ALAM, 13 FEB: Kerajaan Negeri melaksanakan operasi menangkap lembu yang berkeliaran di ladang SD Guthrie, Sabak Bernam bermula semalam dan hari ini.
KUALA LUMPUR, 13 FEB: Seramai 8,076 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 dilaporkan tidak hadir bagi semua kertas peperiksaan bertulis setakat 6 Feb lepas, kata Kementerian Pendidikan (KPM).
KAJANG, 13 FEB: Nama Hospital Kajang hari ini secara rasminya ditukar kepada Hospital Tengku Permaisuri Norashikin.
PETALING JAYA, 13 FEB: Kerajaan persekutuan memperuntuk RM185 juta tahun ini untuk membaik pulih kemudahan asas di 358 program perumahan rakyat (PPR) seluruh negara.
KUALA LUMPUR, 13 FEB: Ketidaktentuan ekonomi dunia ekoran langkah Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menaikkan tarif ke atas China, Kanada dan Mexico merupakan peluang untuk kerajaan mempercepat reformasi ekonomi.
HULU LANGAT, 13 FEB: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menitahkan Kementerian Kesihatan (KKM) mempertimbangkan pembinaan hospital baharu serta penambahbaikan fasiliti sedia ada bagi menyelesaikan masalah kekurangan katil di hospital utama di negeri itu.
KUALA LUMPUR, 13 FEB: Harga lantai belian padi akan diselaraskan daripada RM1,300 kepada RM1,500 bagi setiap tan metrik berkuat kuasa Ahad ini.
Oleh Danial Dzulkifly SHAH ALAM, 13 FEB: Hampir 99 peratus menara telekomunikasi didaftarkan di Selangor, sekali gus menjana hasil tambahan kepada negeri buat pertama kali dalam beberapa tahun. EXCO Pembudayaan Inovasi Dr Fahmi Ngah berkata Kerajaan Negeri berjaya mendaftarkan 3,614 daripada...
JASIN, 13 FEB: Jeritan kuat dari sebelah rumah mengejutkan jiran yang kemudian menyedari berlaku kebakaran menyebabkan lima sekeluarga termasuk empat kanak-kanak rentung di Kampung Berangan Enam, Umbai di sini awal pagi tadi.
KUALA LUMPUR, 13 FEB: Kerajaan sentiasa mengenal pasti ikhtiar baharu untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan menarik dan berdaya saing, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
SEREMBAN, 13 FEB: Lima lelaki maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di KM 6 Jalan Bahau-Rompin malam tadi.
KUALA LUMPUR, 13 FEB: Kerajaan bersetuju meminda Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) bagi memudahkan dan membantu pelaksanaan sebarang perhimpunan aman di negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
JASIN, 13 FEB: Lima sekeluarga termasuk empat kanak-kanak maut dalam kebakaran di Kampung Berangan Enam, Umbai di sini hari ini.
KUALA LUMPUR, 13 FEB: Kesediaan kerajaan meminda Akta Perhimpunan Aman 2012 bagi memudahkan rakyat berhimpun secara aman tanpa perlu memohon kebenaran pihak berkaitan, antara yang bakal dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
SHAH ALAM, 12 FEB: Kadar kemalangan sepanjang Op Selamat 23 di Selangor sempena Tahun Baharu Cina mencatatkan penurunan 144 kes atau 6.8 peratus berbanding Op Selamat 21.
KUALA LUMPUR, 12 FEB: Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak terus menurun dengan hanya 464 mangsa masih berlindung di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri itu setakat malam ini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.