ad

Murid PPKI umur 11 tahun lemas ketika sertai program renang

8 Nov 2025, 5:59 AM
Murid PPKI umur 11 tahun lemas ketika sertai program renang

SHAH ALAM, 8 NOV: Seorang murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PKKI) meninggal dunia selepas dipercayai lemas ketika mengikuti program sokongan keyakinan air di Kolam Renang Kompleks Sukan Desa Tasik, Sungai Besi, Kuala Lumpur pada Rabu lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata mangsa berusia 11 tahun dari sebuah sekolah kebangsaan di ibu negara telah mendapatkan rawatan susulan di Hospital Canselor Tunku Muhriz UKM, sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 2.30 petang semalam.

"Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam As Shuhadah Sungai Udang, Melaka.

“Polis menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).