ad

Wanita maut, dua cedera kereta terbabas di Lebuhraya KL-Karak

9 Nov 2025, 2:42 AM
Wanita maut, dua cedera kereta terbabas di Lebuhraya KL-Karak

SHAH ALAM, 9 NOV: Seorang wanita maut manakala dua lagi termasuk kanak-kanak perempuan cedera selepas kereta dinaiki terbabas sebelum terbalik di kilometer 44.2 Lebuhraya Kuala Lumpur- Karak (KLK) dekat Genting Sempah, Bentong, hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.04 pagi.

Menurutnya, susulan maklumat itu,sepasukan anggota bersama pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong ke lokasi kemalangan dengan jaraknya 30 kilometer dari balai, lapor Sinar Harian.

"Ketika tiba di lokasi, anggota mendapati sebuah kereta jenis Perodua Bezza terbabas dan terbalik dengan tiga mangsa terlibat.

"Pasukan bomba segera membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan menyelamat bagaimapun disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan," katanya.

Zulfadli berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

" Mangsa yang cedera dihantar ke hospital berdekatan menggunakan ambulans," ujarnya.