Media Selangor bakal memainkan peranan utama sebagai platform digital rasmi bagi memastikan liputan menyeluruh Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 dapat dinikmati penonton di seluruh negara.
Selangor bakal menerapkan piawai penyiaran sukan antarabangsa dalam penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2026.
Selangor FC menyerahkan sepenuhnya kepada Faisal Halim membuat keputusan sama ada mahu kekal diberi ruang untuk bertenang atau sedia beraksi untuk pasukan tersebut semula sejurus selepas kejohanan antarabangsa.
Selangor FC giat melakukan persiapan bagi mengharungi jadual padat membabitkan kejohanan Piala Konfederasi Asia (AFC), Piala FA dan Piala ACC Shopee hingga hujung bulan ini.
Selangor FC menjalin kerjasama strategik bersama Al-Kauthar Eduqids Sdn Bhd bagi musim kedua untuk memperkasa kanak-kanak melalui sukan bola sepak dan pendidikan.
Pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao akhirnya berjaya mengatasi rakan senegara Lee Zii Jia sekali gus mara ke pusingan kedua kejohanan badminton Terbuka Hong Kong 2025 hari ini.
Program pembangunan atlet Sukan Selangor (Sukses) anjuran Majlis Sukan Negeri bermula minggu depan dengan tumpuan mencungkil bakat baharu menjelang Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026
Sumbangan Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI disifatkan sebagai pemangkin semangat baharu buat atlet dan pasukan negeri untuk melakar kejayaan lebih besar di pentas sukan
Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menyalurkan sumbangan berjumlah RM413,000 kepada lapan persatuan bagi memperkukuh pembangunan sukan
Tumpuan Harimau Malaya kini beralih kepada persiapan kelayakan Piala Asia AFC dan pemain perlu konsisten menjelang Oktober.
Malaysia berjaya menundukkan pasukan dalam kelompok 100 terbaik dunia apabila mencatat kemenangan 1-0 ke atas Palestin pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, malam ini
Hasrat skuad hoki wanita kebangsaan untuk mara ke pusingan ‘Super 4s’ Kejohanan Hoki Piala Asia Wanita 2025 di Hangzhou, China, terkubur selepas dibelasah juara tiga kali, Korea Selatan 0-5 pada aksi terakhir Kumpulan A, hari ini
Palestin menyifatkan perlawanan persahabatan menentang Malaysia esok sebagai platform penting untuk menguji kombinasi baharu dalam persediaan menghadapi Piala Asia dan Piala Dunia
Edisi kedua larian berganti-ganti ala Jepun itu mengekalkan format empat pelari sepasukan menamatkan jarak 21 km menggunakan selempang khas Tasuki yang perlu diserahkan di zon pertukaran sehingga ke garisan penamat
Atlet wushu negara Lee Jia Rong, menampilkan aksi cemerlang apabila meraih emas keempat pada hari keempat Kejohanan Dunia ke-17 yang berlangsung di Brasilia, Brazil pada Sabtu
Pemain sayap Faisal Halim terpaksa menarik diri daripada skuad Harimau Malaya bagi menghadapi aksi persahabatan Tier 1 menentang Palestin di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru, Isnin ini.
Skuad hoki wanita negara bermula langkah kiri apabila tewas 0-8 kepada tuan rumah, China pada aksi pembukaan Kumpulan A Kejohanan Piala Asia Hoki Wanita 2025 di Gongshu, China, hari ini.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedia menyerahkan pengurusan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) dan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), namun hanya akan dimuktamadkan selepas badan induk itu menyelesaikan isu kepimpinannya.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menjelaskan buat masa ini tiada ganjaran disediakan untuk atlet pekak yang muncul juara keseluruhan Sukan SEA Pekak 2025 kerana tidak termasuk dalam bajet asal, namun usaha sedang dilakukan bagi mendapatkan dana tambahan.
Colombia, Paraguay dan Uruguay mengesahkan tempat ke Piala Dunia FIFA tahun depan manakala Lionel Messi mengucapkan selamat tinggal penuh emosi kepada peminat Argentina pada hari kedua terakhir saingan kelayakan Amerika Selatan, lapor Xinhua.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.