SUKMA 2026: Shannon pecah rekod 200m kuak kupu-kupu wanita

21 Ogos 2026, 2:32 AM
SUKMA 2026: Shannon pecah rekod 200m kuak kupu-kupu wanita

SHAH ALAM, 21 OGOS: Perenang Selangor, Shannon Tan Yang-Qing mencipta sensasi apabila memecahkan rekod Sukan Malaysia (SUKMA) dalam acara 200 meter (m) kuak kupu-kupu wanita pada saingan saringan pagi ini.

Shannon mencatat masa 2 minit 15.77 saat (s), sekali gus memperbaharui rekod temasya itu sebelum ini iaitu 2:17.79s.

Catatan itu bagaimanapun masih belum mengatasi rekod kebangsaan 2:14.30s.

Catatan 2:15.77s terpampang selepas perenang Selangor, Shannon Tan Yang-Qing memperbaharui rekod SUKMA acara 200m kuak kupu-kupu wanita. Foto NAJAMUDDIN MOHD NOR/MEDIA SELANGOR

Seorang lagi wakil Selangor, Khor Yue Lynn turut mengesahkan tempat ke final selepas mencatat masa 2:23.48s pada saingan saringan.

Shannon dan Yue Lynn bakal kembali ke kolam bagi memburu pingat pada final acara 200m kuak kupu-kupu wanita yang dijadual berlangsung petang ini.

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.