Kejohanan Badminton Dunia: Sze Fei-Nur Izzuddin mara suku akhir

20 Ogos 2026, 7:14 AM
Kejohanan Badminton Dunia: Sze Fei-Nur Izzuddin mara suku akhir

SHAH ALAM, 20 OGOS: Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Dunia BWF di New Delhi selepas menewaskan gandingan Taiwan, Chiu Hsiang Chieh-Wang Chi Lin, dalam aksi pusingan ketiga, sebentar tadi.

Turun selaku pilihan keenam, Sze Fei dan Nur Izzuddin diberikan tentangan sengit sejak dari awal permainan tetapi ketenangan yang dimiliki mereka memastikan gandingan negara itu sentiasa mengawal permainan, lapor portal Stadium Astro.

Selepas kedudukan terikat 13-13, Sze Fei dan Nur Izzuddin meraih lima mata berturut-turut untuk mendahului 18-13 sebelum memenangi set pertama 21-17.

Penguasaan penuh dipamerkan wakil negara itu dalam set kedua dengan tidak membenarkan lawan lama mendahului dan menuju ke penghujung aksi, mereka melebarkan jurang mata untuk mengesahkan tempat dalam suku akhir dengan kemenangan 21-17 selepas secara keseluruhan bertarung selama 42 minit.

Menanti mereka dalam penentuan ke separuh akhir esok ialah pemenang di antara pilihan utama dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae, dan beregu utama England, Ben Lane-Sean Vendy.

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.