SUKMA 2026: Eliza Tan raih emas, pecah rekod kejohanan, kebangsaan

20 Ogos 2026, 10:00 AM
SUKMA 2026: Eliza Tan raih emas, pecah rekod kejohanan, kebangsaan

SHAH ALAM, 20 OGOS: Perenang Selangor, Eliza Tan Ai Shen terus mencuri tumpuan apabila meraih pingat emas dalam acara 100 meter gaya bebas wanita sambil sekali lagi memecahkan rekod kebangsaan (NR) dan rekod kejohanan (MR) pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 di Pusat Akuatik Selangor, hari ini.

Eliza yang berenang di lorong empat mencatat masa 56.78 saat (s), meninggalkan perenang Perak, Nadia Lim (57.67s) dan Melaka, Yeow Lynna Yi Jing (58.2s) dengan masing-masing meraih perak dan gangsa. 

Eliza sebelum itu memecahkan rekod kebangsaan dengan catatan 57.03s pada pusingan saringan, sekali gus memadam rekod kebangsaan milik Nadia 57.11s yang dicipta pada Kejohanan Akuatik Kumpulan Umur Asia di Bangkok Julai lepas.

Kejayaan tersebut turut menyaksikan Eliza muncul perenang pertama memecahkan rekod kebangsaan pada SUKMA Selangor 2026 sebelum merekodkan masa lebih pantas beberapa jam kemudian di final.

Ia merupakan pingat emas kedua Eliza di SUKMA 2026 selepas menjuarai acara 200m gaya bebas wanita dengan catatan 2:05.26s semalam, mengatasi Nadia (2:06.79s) dan wakil Melaka, Lynna Yeow  (2:08.20s).

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.