Emas pertama SUKMA cukup bermakna buat Uzlifatil Jannah

20 Ogos 2026, 9:17 AM
Emas pertama SUKMA cukup bermakna buat Uzlifatil Jannah
Emas pertama SUKMA cukup bermakna buat Uzlifatil Jannah
Emas pertama SUKMA cukup bermakna buat Uzlifatil Jannah

SHAH ALAM, 20 OGOS: Atlet terjun Selangor, Uzlifatil Jannah Ashraf tidak menyangka berjaya meraih pingat emas dalam acara 1 meter papan anjal wanita pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 di Pusat Akuatik Selangor, hari ini.

Uzlifatil Jannah berkata kejayaan itu amat bermakna buat dirinya selepas sebelum ini hanya meraih pingat gangsa pada SUKMA Sarawak 2024.

“Saya sangat gembira kerana memang tidak sangka boleh dapat emas. Sebelum ini di SUKMA Sarawak saya ada dapat pingat, tetapi bukan emas. Jadi, ini emas pertama saya,” katanya ketika ditemu bual Media Selangor.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada barisan jurulatih, rakan-rakan dan ibu bapanya yang sentiasa memberikan sokongan sepanjang persiapan menghadapi SUKMA kali ini.

Menurutnya, kejayaan itu menjadi pembakar semangat untuk meneruskan cabaran dalam beberapa lagi acara yang bakal disertainya.

“Saya tidak meletakkan sasaran terlalu tinggi, jadi dapat tempat ketiga pun sudah memadai. Tetapi apabila dapat emas, saya memang sangat gembira,” katanya.

Uzlifatil Jannah sebelum ini turut meraih pingat gangsa bersama Muhammad Aeriel Riezqi Abdullah dalam acara 3 meter papan anjal seirama campuran.

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.