Shannon raih emas 200 meter rampaian perseorangan

20 Ogos 2026, 11:53 AM
Shannon raih emas  200 meter rampaian perseorangan

SHAH ALAM, 20 OGOS: Perenang Selangor, Shannon Tan Yang-Qing meraih pingat emas dalam acara 200 meter rampaian perseorangan wanita pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026, hari ini.

Shannon mencatat masa 2 minit 21.68 saat untuk menghadiahkan emas buat kontinjen Selangor.

Kejayaan itu menyumbang satu lagi pingat emas buat Selangor menerusi acara renang dalam temasya SUKMA Selangor 2026.

Shannon sekali gus meneruskan momentum positif dengan merangkul dua emas untuk skuad tuan rumah dalam saingan renang yang berlangsung di Pusat Akuatik Selangor.

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.