Skuad petanque triples lelaki dan wanita Selangor gagal ke suku akhir

20 Ogos 2026, 11:48 AM
Skuad petanque triples lelaki dan wanita Selangor gagal ke suku akhir
Skuad petanque triples lelaki dan wanita Selangor gagal ke suku akhir

KUALA SELANGOR, 20 OGOS: Kem petanque Selangor berdepan hari kurang memberangsangkan apabila keempat-empat pasukan acara triples lelaki dan wanita gagal melangkah ke peringkat suku akhir Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di Arena Petanque Kuala Selangor, hari ini.

Pada saingan peringkat round robin, kedua-dua pasukan wanita Selangor gagal menempah tiket ke pusingan 16 terbaik, manakala hanya satu daripada dua pasukan lelaki berjaya meneruskan cabaran ke pusingan kalah singkir.

Bagaimanapun, perjalanan pasukan lelaki itu terhenti di tangan Johor selepas tewas 0-13, sekali gus menyaksikan Selangor gagal mara ke peringkat suku akhir.

Keputusan tersebut menyaksikan Selangor tidak lagi mempunyai wakil dalam acara triples lelaki dan wanita untuk meneruskan cabaran pada temasya kali ini.

Bagaimanapun, kem petanque negeri masih mempunyai peluang untuk menambah koleksi pingat menerusi acara mixed double apabila pasangan Selangor berjaya menempatkan diri dalam kelompok lapan terbaik.

Pasangan berkenaan dijadualkan berdepan wakil Sabah pada saingan suku akhir, Jumaat ini.

Setakat hari kelima saingan petanque SUKMA 2026, Selangor telah mengumpul satu pingat emas menerusi Muhammad Rafieq Abdul Rahim yang muncul juara dalam acara perseorangan lelaki.

Kem petanque Selangor kini berharap wakil mixed double mampu meneruskan cabaran dan menambah satu lagi pingat buat kontinjen negeri.

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.