SUKMA 2026: Gandingan Haris-Ikmal raih gangsa terjun 3 meter

21 Ogos 2026, 4:32 AM
SUKMA 2026: Gandingan Haris-Ikmal raih gangsa terjun 3 meter

SHAH ALAM, 21 OGOS: Muhammad Haris Mohd Rezal dan Ikmal Abror Ibrahim berjaya menambah pingat gangsa buat kontinjen Selangor pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026, hari ini.

Bergandingan dalam acara terjun 3 meter papan anjal, Haris dan Ikmal mempamerkan aksi baik menerusi enam terjunan, namun ia belum cukup untuk mencabar pasangan Sarawak yang meraih emas, manakala Wilayah Persekutuan membawa pulang perak.

Dalam aksi yang berlangsung di Pusat Akuatik Selangor, gandingan Selangor itu mengumpul 307.89 mata selepas enam terjunan, ketinggalan 26.01 mata di belakang pemenang pingat emas.

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.