HULU SELANGOR, 30 APRIL: Kerajaan Negeri selesai mengagih bantuan kewangan kepada semua masjid di tujuh daerah setakat ini.
RAWANG, 30 APRIL: Dato' Menteri Besar menyampaikan bantuan sejumlah RM100,000 kepada 20 masjid di daerah Gombak.
AMPANG JAYA, 30 APRIL: Penghuni Blok E Flat PKNS AU2 Taman Keramat yang terjejas akibat ribut berharap pembaikan kerosakan bumbung siap seperti dijadualkan.
SHAH ALAM, 29 APRIL: Jangkitan baharu Covid-19 di Selangor terus kekal melepasi angka 1,000 dengan 1,083 kes dilaporkan pada hari ini.
SHAH ALAM, 29 APRIL: Dato’ Menteri Besar akan mengadakan sidang khas Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negara (Selangor) esok susulan peningkatan kes Covid-19 di negeri ini.
SHAH ALAM, 28 APRIL: Sebanyak 759 daripada 1,019 kes baharu Covid-19 di Selangor hari ini adalah daripada saringan kontak rapat kes positif.
SHAH ALAM, 28 APRIL: Polis menahan dua individu di dua lokasi berasingan di Kuala Lumpur semalam kerana terlibat dalam satu kejadian penipuan perkhidmatan kiriman wang di Klang pada Ogos tahun lalu.
KUALA LANGAT, 27 APRIL: Dato' Menteri Besar menyampaikan bantuan sejumlah RM155,000 kepada 33 masjid di daerah ini.
KUALA LANGAT, 27 APRIL: Dato' Menteri Besar turun padang meninjau bilik gerakan di Sekolah Menengah (SM) Sains Banting yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
SEPANG, 26 APRIL: Kerajaan Negeri tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap penganjur bazar Ramadan yang gagal mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) ditetapkan pihak berkuasa.
SERDANG, 26 APRIL: Bilangan katil untuk menampung pesakit Covid-19 kategori tiga dan empat akan ditambah di Dewan A Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Bersepadu 2.0 Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).
KUALA LUMPUR, 26 APRIL: Polis menahan empat lelaki di sekitar Gombak dan Sentul yang disyaki terlibat dalam satu kes samun bersenjata di sebuah kedai runcit di Bandar Baru Selayang, Batu Caves, di sini, awal pagi Jumaat.
GOMBAK, 25 APRIL: Kerajaan Negeri bakal menambah baik Tabung Warisan Anak Selangor 2.0 (Tawas 2.0) yang lebih efektif, mulai tahun depan.
KUALA SELANGOR, 24 APRIL: Penerima rumah sumbangan Lembaga Zakat Selangor (LZS) sebak ketika berkongsi perasaan mendiami kediaman baharu menjelang Aidilfitri.
KUALA SELANGOR, 23 APRIL: Dato' Menteri Besar meninjau persiapan pembukaan pusat suntikan vaksin daerah di Stadium Tertutup Kuala Selangor hari ini.
KUALA SELANGOR, 23 APRIL: Hampir RM2 juta diperuntuk Kerajaan Selangor untuk diberikan kepada semua masjid sepanjang Ramadan.
SHAH ALAM, 22 APRIL: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor menahan empat bot, sembilan kru dan merampas 80 set bubu kambang atau bubu naga kira-kira 1.0 batu nautika barat daya Sungai Tengkorak, Tanjung Karang awal pagi semalam.
SHAH ALAM, 21 APRIL: Selangor mencatatkan 526 jangkitan baharu Covid-19 hari ini menjadikan keseluruhan 125,111 kes sepanjang penularan dikesan.
SHAH ALAM, 20 APRIL: Polis Selangor mengesan sindiket penipuan yang kononnya menjadi ejen mencari pekerja sambilan bagi platform e-dagang, Lazada sejak 6 Feb lepas yang melibatkan kerugian lebih RM200,000.
SHAH ALAM, 20 APRIL: Jenazah ayahanda Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor selamat dikebumikan di Makam Diraja, di sini jam 1.45 tengah hari.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.