SIBF: Malam baca puisi hidupkan budaya sastera, rai karya penulis tempatan

6 Dis 2025, 3:40 PM

SHAH ALAM, 6 DIS: Malam Baca Puisi Pena: Serumpun Sebudaya malam ini menambah seri Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2025 selain meraikan karya penulis tempatan serta mengangkat budaya sastera tanah air.

Dato’ Menteri Besar hadir untuk merasmikan majlis dengan melancarkan buku terbaru Tokoh Puisi Kebangsaan Marzuki Ali bertajuk Kereta Senja Dari Bandoeng ke Kota Parahyangan.

Dato’ Seri Amirudin Shari turut membacakan puisi Simpang Siur karya Ramzah Dambur, disusuli persembahan puisi daripada Sasterawan Negara Datuk Dr Zurinah Hassan dan Datuk Rahman Shaari.

Acara malam ini terus dimeriahkan dengan persembahan nyanyian daripada Adiwangsa Sukma yang membawakan lagu Senandung Anak Desa dan Perjalanan, menambahkan keindahan suasana sastera.

Berlangusung sejak 28 November di Pusat Konvensyen Setia City, SIBF 2025 menarik lebih 200,000 pengunjung setakat ini, dengan jumlah dijangka meningkat menjelang hari penutup esok.

Pesta buku ini menampilkan 400 reruai yang melibatkan 200 peserta pameran tempatan dan antarabangsa daripada negara seperti China, India, Turkiye, Singapura, Thailand dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Tahun ini, jemputan khas datang daripada Guangdong, China dan Tamil Nadu, India, membolehkan pengunjung menyelami budaya dan karya sastera dari pelbagai negara.