Tiga keluarga Orang Asli Pulau Indah terima rumah baharu, dibaik pulih - PDT Klang

6 Dis 2025, 1:00 PM
Tiga keluarga Orang Asli Pulau Indah terima rumah baharu, dibaik pulih - PDT Klang
Tiga keluarga Orang Asli Pulau Indah terima rumah baharu, dibaik pulih - PDT Klang

SHAH ALAM, 6 DIS: Tiga keluarga Orang Asli di Kampung Orang Asli Pulau Indah menerima rumah baharu dan dibaik pulih melalui Program Bantuan Bina Baharu dan Baik Pulih Rumah Orang Asli yang dilaksana Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Klang dengan peruntukan berjumlah RM205,000.

Agesti itu menerusi Facebook memberitahu projek berkenaan melibatkan dua rumah bina baharu dan satu rumah dibaik pulih bertujuan meningkatkan keselesaan penerima, iaitu Ras Shamduddin, Jacky Jamil dan Jamil Kamal.

Majlis penyerahan siap projek disempurnakan Pegawai Daerah Klang Amri Ismail disertai Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Abd Razak Maksud serta wakil Unit Pembasmian Kemiskinan, Hal Ehwal Orang Asli & Minoriti UPEN Selangor, Idayuamimah Ibrahim.

Simbolik penyerahan melalui mock key turut disaksikan Pegawai Kemajuan Orang Asli Kuala Langat dan Klang, Mohd Nor Yaakub, Tok Batin, Jamil Kamal, serta wakil kontraktor.

Tahun 2025 mencatat sejarah sebagai tahun pertama Kerajaan Selangor menyalurkan peruntukan khusus bagi pembinaan baharu dan baik pulih rumah Orang Asli.