PUTRAJAYA, 19 DIS: Rang undang-undang (RUU) untuk meminda Akta Pendidikan 1996 bagi mewajibkan pendidikan hingga peringkat sekolah menengah dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada Februari 2025.
PUTRAJAYA, 19 DIS: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) akan terus memantau isu dakwaan penipuan oleh agensi pelancongan tidak berlesen yang dikendalikan pempengaruh media sosial dan usahawan Malaysia yang menetap di Seoul, Korea Selatan.
PUTRAJAYA, 19 DIS: Tempoh reman seorang selebriti tempatan yang ditahan baru-baru ini kerana disyaki memiliki dadah jenis ganja disambung empat hari hingga Ahad ini, kata Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman.
SERDANG, 19 DIS: Murid lelaki Tahun Enam maut dipercayai akibat renjatan elektrik di sebuah sekolah di sini semalam.
KUALA LUMPUR, 19 DIS: Penjawat awam yang memilih Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) hari ini menerima kenaikan gaji pertama selepas pelarasan di bawah skim berkenaan.
JOHOR BAHRU, 19 DIS: Keadaan banjir di Johor tidak berubah dengan jumlah mangsa kekal 36 orang daripada 11 keluarga, setakat 8 pagi tadi.
KOTA BHARU, 18 DIS: Seorang penuntut wanita di sebuah Institut Pendidikan Guru (IPG) di Besut, Terengganu maut manakala 10 penuntut yang lain cedera dalam kemalangan melibatkan empat kereta yang bertembung dengan sebuah treler di Jalan Gua Musang–Kuala Lipis hari ini.
KOTA BHARU, 18 DIS: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan menangkap tiga gajah liar yang berkeliaran di Kampung Kuala Balah, Jeli, semalam.
BALIK PULAU, 18 DIS: Dua nelayan hilang selepas bot dinaiki mereka dipercayai hanyut di perairan Kerachut, Kuala Sungai Pinang di sini, Isnin lepas.
KOTA BHARU, 18 DIS: Polis memperluas kawasan larangan bagi mengelak orang ramai mendekati lokasi tebing Sungai Kelantan yang runtuh berhampiran sebuah kondominium dan hotel di Jalan Post Office Lama, di sini.
JOHOR BAHRU, 18 DIS: Seorang peniaga mengalami kerugian lebih RM500,000 selepas terpedaya dengan pelaburan tidak wujud.
KUALA LUMPUR, 18 DIS: Harga runcit RON95 kekal tidak berubah pada RM2.05 seliter, manakala harga RON97 meningkat tiga sen seliter daripada RM3.19 kepada RM3.22 seliter bagi tempoh 19 hingga 25 Dis.
KUALA LUMPUR, 18 DIS: Sebanyak 56 kes penipuan logo dan pensijilan halal melibatkan nilai rampasan RM1.813 juta dilaporkan tahun ini setakat Isnin lalu, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh.
KUALA LUMPUR, 18 DIS: Seorang lelaki yang videonya tular kerana menganiaya seekor kucing didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyeret haiwan peliharaannya, bulan lepas.
SHAH ALAM, 18 DIS: Lapan daerah di Selangor iaitu Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang diramal hujan lebat hingga 6 petang.
TUMPAT, 18 DIS: Harga sayur-sayuran di pasaran tempatan dijangka kembali stabil pada Mac depan selepas berakhirnya Monsun Timur Laut (MTL), kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
MELAKA, 18 DIS: Seorang wanita berusia 46 tahun, yang juga pemilik syarikat swasta di Selangor, direman enam hari bermula hari ini oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan pemberian gelaran Datuk Seri dari sebuah negeri, dua tahun lalu.
KUALA LUMPUR, 18 DIS: Ringgit memulakan urus niaga hari ini dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang jangkaan negara maju itu mengurangkan kadar faedahnya lewat hari ini.
IPOH, 17 DIS: Seorang lelaki yang dilaporkan terjatuh dari bot di Jeti ikan TSL Fishery, Sungai Perak, di Hutan Melintang semalam, ditemukan lemas hari ini.
KUALA LUMPUR, 17 DIS: Irhamy Valuers International Sdn Bhd (Irhamy Valuers), sebahagian daripada Juwai IQI menjangka pelabuhan kargo di Malaysia mengendalikan 778 juta tan metrik barangan pada akhir tahun ini, mencatatkan manfaat ekonomi bernilai RM657 bilion.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.