ad

SFV catat rekod 2,396 pengunjung sehari sempena cuti Hari Malaysia

25 Sep 2025, 3:54 AM
SFV catat rekod 2,396 pengunjung sehari sempena cuti Hari Malaysia
SFV catat rekod 2,396 pengunjung sehari sempena cuti Hari Malaysia
SFV catat rekod 2,396 pengunjung sehari sempena cuti Hari Malaysia
SFV catat rekod 2,396 pengunjung sehari sempena cuti Hari Malaysia
SFV catat rekod 2,396 pengunjung sehari sempena cuti Hari Malaysia

SHAH ALAM, 25 SEPT: Selangor Fruit Valley (SFV) merekodkan jumlah pengunjung harian tertinggi sejak pembukaannya iaitu 2,396 orang pada 15 September lalu.

Menurut perkongsian di Facebook rasmi SFV, cuti umum tambahan sempena sambutan Hari Malaysia menjadi faktor utama peningkatan jumlah pelawat, sekali gus membuktikan tarikan kukuh taman agro pelancongan itu kepada orang ramai.

"Tahniah Selangor Fruit Valley! Terima kasih atas sokongan anda semua menjadikan SFV destinasi agro pelancongan pilihan keluarga. Pencapaian ini membuktikan SFV terus menjadi pilihan utama keluarga dan pelancong," kongsinya.

Sejak dibangunkan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), SFV terus menampilkan pengalaman berteraskan agro, tropika, alam semula jadi dan budaya, selaras dengan kempen Visit Selangor 2025 serta Visit Malaysia 2026.

Selangor Fruit Valley turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai ladang buah-buahan tropika terbesar dan pusat agropelancongan terbesar negara.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pengiktirafan itu bukan sahaja hasil tanaman yang dijalankan, malah turut melibatkan penyelenggaraan rapi bagi memastikan pokok buah-buahan kekal subur serta pelbagai aktiviti agropelancongan ditawarkan.

Menurutnya, dengan keluasan lebih 1,000 hektar, SFV menjadi lambang kejayaan Selangor dalam pembangunan agro bersepadu sekali gus memperkukuh keterjaminan makanan untuk rakyat negeri ini dan Malaysia secara keseluruhannya.

Sebelum ini, produk agro pelancongan seperti SFV, Ladang Farm Fresh dan HL Dragon Fruit Farm turut mencatat sambutan luar biasa sempena penganjuran Tahun Melawat Selangor 2025 (TMS2025).

Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor Chua Yee Ling berkata tawaran pengalaman unik yang menggabungkan rekreasi dengan aktiviti pertanian menjadikan produk agro pelancongan sebagai pilihan utama keluarga.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.