ad

Raja Muda berkenan saksi bayaran zakat niaga RM6.12 juta

24 Sep 2025, 12:00 PM
Raja Muda berkenan saksi bayaran zakat niaga RM6.12 juta
Raja Muda berkenan saksi bayaran zakat niaga RM6.12 juta

SHAH ALAM, 24 SEPT: Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menyaksikan bayaran zakat perniagaan dan pendapatan daripada 22 syarikat dengan jumlah keseluruhan RM6.12 juta.

Cek cura bayaran zakat diserahkan pembayar kepada Timbalan Pengerusi Lembaga Zakat Selangor (LZS), Tan Sri Dato’ Setia Ambrin Buang menerusi majlis hi-tea yang diadakan di Lado By The Lake, Shah Alam di sini hari ini.

Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (duduk, tengah) berkenan bergambar bersama pembayar zakat dalam Majlis hi-tea bersama RMS di Lado By The Lake, Shah Alam pada 24 September 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Pada majlis itu, penyumbang utama adalah Dherbs Holdings Sdn Bhd dengan jumlah zakat sebanyak RM900,000 diikuti XpertsCo Sdn Bhd (RM624,161.30).

Selain itu, turut menyumbang Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (RM599,160.82), Advanced Air Traffic Systems (M) Sdn Bhd (RM550,000); Bawal Sdn Bhd (RM500,000) dan Public Islamic Bank Berhad (RM400,000).

Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (tengah) berkenan menyaksikan pembayaran zakat oleh Ketua Pegawai Operasi Hartanah Worldwide Holdings Sr Hamyzar Toha (dua, kiri) dalam Majlis hi-tea bersama RMS di Lado By The Lake, Shah Alam pada 24 September 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Menerusi majlis sama, Worldwide Holdings Berhad turut menyerahkan dana wakalah zakat bernilai RM200,000 untuk disalurkan kepada program kebajikan, pendidikan dan pembangunan belia yang diusahakan oleh Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS).

Hadir sama Pengerusi YRMS Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Tun Uda; Timbalan Mufti Selangor, Dato’ Profesor Madya Dr Miszairi Sitiris.

Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (tengah) berkenan menyaksikan pembayaran zakat oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Hartanah Selangor Berhad Edi Zuhri Abd Rahim (dua, kiri) kepada Timbalan Pengerusi Lermbaga Zakat Selangor (LZS) Tan Sri Dato' Setia Ambrin Buang (dua, kanan) dalam Majlis hi-tea bersama RMS di Lado By The Lake, Shah Alam pada 24 September 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Ketua Pegawai Eksekutif LZS Mohd Khaidzir Shahari dalam ucapannya berkata, majlis ini merupakan hasil kolaborasi strategik bersama YRMS iaitu sebuah organisasi membangunkan potensi belia, memperkasa pendidikan dan memupuk keusahawanan dalam kalangan golongan B40 dan asnaf.

Jelasnya, kehadiran DYTM Tuanku dan semua hadirin bukan sekadar tanda sokongan terhadap usaha memperkasa institusi zakat, tetapi sebagai satu manifestasi kesungguhan kita dalam menyempurnakan kewajipan rukun Islam ketiga.

Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menerima cenderamata daripada Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS) Mohd Khidzir Shahari dalam Majlis hi-tea bersama RMS di Lado By The Lake, Shah Alam pada 24 September 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

“Majlis bukan sekadar simbolik tetapi merupakan tanggungjawab dan kesedaran dalam kalangan usahawan. Anda adalah cerminan masa depan Selangor yang bukan sahaja berdaya saing dalam ekonomi, tetapi berjiwa besar dalam menunaikan tanggungjawab agama dan sosial.

“Patik yakin, dengan lahirnya lebih ramai usahawan muda yang prihatin dan bertanggungjawab seperti ini, ekosistem zakat akan terus berkembang secara mampan,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.