ad

SARA RM100 bantu belanja asas, rakyat cadang nilai ditambah

25 Sep 2025, 7:03 AM
SARA RM100 bantu belanja asas, rakyat cadang nilai ditambah
SARA RM100 bantu belanja asas, rakyat cadang nilai ditambah
SARA RM100 bantu belanja asas, rakyat cadang nilai ditambah
SARA RM100 bantu belanja asas, rakyat cadang nilai ditambah
SARA RM100 bantu belanja asas, rakyat cadang nilai ditambah

SHAH ALAM, 25 SEPT: Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 yang diagihkan 31 Ogos lalu memberi peluang kepada rakyat membeli keperluan asas pada harga murah dan berkualiti.

Selain itu ia juga mengurangkan beban kos sara hidup terutama bagi keluarga kurang berkemampuan.

Pada hari pertama pelaksanaan, kira-kira 850,000 rakyat membelanjakan lebih RM50 juta di lebih 7,300 premis berdaftar di seluruh negara.

Meskipun berlaku kesesakan dan gangguan sistem digital namun penerima menyifatkan inisiatif itu membantu kehidupan harian mereka.

Juruwang Lina Lunda berkata, beliau menggunakan bantuan itu membeli barangan dapur untuk keluarga.

Juruwang Lina Lunda ketika ditemui Media Selangor pada 9 September 2025. Foto EVELYN MOSES/MEDIA SELANGOR

“Bantuan ini ringankan belanja harian, cuma sistem ada gangguan. Kalau dalam bentuk tunai mungkin boleh bayar bil juga,” katanya.

Bagi Rajasupari Suppaiyah, beliau menunggu seminggu sebelum membeli barangan kerana bimbang gangguan digital.

“Barang asas memang membantu. Cuma harga berbeza ikut kedai, jadi perlu pandai kawal bajet,” katanya.

Rajasupari Suppaiyah ditemui Media Selangor pada 9 September 2025. Foto EVELYN MOSES/MEDIA SELANGOR

Sementara itu, Wani Arumugam yang mengusahakan kedai runcit berkata, program SARA wajar diteruskan dengan nilai lebih tinggi.

“RM100 memang membantu, tapi tak cukup untuk banyak barang. Harap kerajaan tambah jumlah pada masa depan,” ujarnya.

Wani Arumugam ditemui Media Selangor pada 9 September 2025. Foto EVELYN MOSES/MEDIA SELANGOR

Pelajar Muhammad Afiq Irfan R Azimi pula berkata, bantuan itu sangat bermanfaat terutama untuk golongan seperti dirinya.

“Saya belum guna lagi sebab masih ramai membel ketika ini. Program ini bagus untuk pelajar seperti saya,” katanya.

Muhammad Afiq Irfan R Azimi ditemui Media Selangor pada 9 September 2025. Foto EVELYN MOSES/MEDIA SELANGOR

Selain itu, kakitangan kedai runcit Nurul Ain Alya Natasha memuji penggunaan sistem MyKad yang mudah dan selamat.

“Kebanyakan pelanggan beli beras, minyak masak, barang asas. Memang bantu mereka jimat belanja dan pembelian dengan menggunakan MyKad lebih mudah, selamat,” katanya.

Nurul Ain Alya Natasha ditemui Media Selangor pada 9 September 2025. Foto EVELYN MOSES/MEDIA SELANGOR

Walaupun ada yang mencadangkan bantuan diberi secara tunai, majoriti penerima lebih selesa dengan kaedah MyKad kerana ia memastikan perbelanjaan difokuskan kepada keperluan asas.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.