ad

Siti Nurhaliza: Bayar zakat tidak jadikan seseorang itu miskin

25 Sep 2025, 2:00 AM
Siti Nurhaliza: Bayar zakat tidak jadikan seseorang itu miskin
Siti Nurhaliza: Bayar zakat tidak jadikan seseorang itu miskin
Siti Nurhaliza: Bayar zakat tidak jadikan seseorang itu miskin
Siti Nurhaliza: Bayar zakat tidak jadikan seseorang itu miskin
Siti Nurhaliza: Bayar zakat tidak jadikan seseorang itu miskin

SHAH ALAM, 24 SEPT: Biduanita negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin menyeru semua pihak terutama usahawan tidak lupa tanggungjawab menunaikan zakat.

Penyanyi nombor satu negara itu berkata, pembayaran zakat tidak membuatkan seseorang itu menjadi miskin, sebaliknya dapat menyucikan harta dan membantu mereka yang memerlukan.

Menurutnya, sejak bujang sehingga berkahwin, beliau tidak pernah culas menunaikan rukun Islam ketiga itu dalam aspek zakat perniagaan mahupun persendirian setiap tahun.

“Zakat ini tanggungjawab yang wajib kita laksanakan sebagai umat Islam. Apabila sampai tempoh kita perlu tunaikannya dan ini juga merupakan cara untuk kita menyucikan harta.

“Sebenarnya Allah SWT bagi kita rezeki lebih untuk bagi kepada orang lain yang memerlukan. Insya-Allah, tidak akan ‘papa’ seseorang itu kalau bersedekah atau berzakat.

“Percayalah kalau takut bayar zakat rezeki tidak datang pada kita, nak rezeki murah jangan kita tunggu Allah SWT bagi lebih tetapi kita kena bagi dulu, baru dapat lebih. Saya pun sejak ada syarikat sendiri dari sebelum kahwin, zakat adalah tanggungjawab yang saya tidak pernah culas," katanya yang mengeluarkan zakat di bawah CTDK Holding.

Beliau ditemui pada Majlis Hi-Tea yang diadakan di Lado By The Lake, Shah Alam di sini semalam.

Turut berkenan mencemar duli ke majlis anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Yayasan Raja Muda Selangor itu adalah Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Sementara itu, usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Aliff Syukri turut tersenarai penyumbang zakat perniagaan tertinggi kepada LZS di bawah syarikat D’Herbs Holding Sdn Bhd.

Diwakili anak sulungnya Ammar Ahyan ketika ditemui berkata beliau sangat bangga apabila bapanya masih tersenarai sebagai penyumbang tertinggi zakat di Selangor.

Mahu menjadikan bapanya sebagai inspirasi, Ammar Ahyan turut menyimpan hasrat menunaikan zakat apabila sudah capai usia.

“Saya sangat bangga dengan bapa dan ibu saya termasuk kakitangan D’Herbs kerana sentiasa memberi komitmen tinggi dan tidak culas dalam membayar zakat.

“Saya rasa semua orang tidak kira tua atau muda, kita semua patut bantu orang susah. Percayalah, RM1 pun sangat membantu untuk kelangsungan hidup mereka,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.