SHAH ALAM, 12 JAN: Polis menahan seorang pengasuh sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) dipercayai berkait kes kematian bayi lelaki berusia empat bulan 3 Jan lepas.
HULU LANGAT, 12 JAN: Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menghulur sumbangan wang tunai RM3,000 kepada legenda bola sepak Selangor, Azman Adnan, hari ini.
MARANG, 12 JAN: Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati kehadiran ratusan ubur-ubur api atau Portuguese Man of War yang kini terdampar di Pantai Rhu Muda di sini.
Oleh Aliff Haiqal Mohamed SEPANG, 12 JAN: Kira-kira 300 penduduk Kampung Orang Asli Kelinsing di sini teruja untuk memanfaatkan kemudahan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) yang diwujudkan selepas kampung mereka terpilih menjadi Kampung Angkat Madani pertama. Tok Batin Kampung Orang Asli...
KUALA LUMPUR, 12 JAN: Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor terus meningkat manakala di Perak dan Terengganu kekal sejak malam tadi.
Oleh Muhammad Faizal Nazmi Mohd Haran KUALA TERENGGANU, 12 JAN: Langkah hibrid iaitu menggabungkan pembinaan pemecah ombak (breakwater) dengan tukun dilihat berpotensi mengawal isu hakisan pantai di Terengganu. Pakar hakisan pantai Prof Madya Dr Effi Helmy Ariffin berkata langkah itu solusi...
KUALA LUMPUR, 12 JAN: Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 bermula secara rasmi hari ini selepas tujuh tahun dimansuhkan dengan lebih 130 pelatih sukarela dari seluruh negara melapor diri di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah di sini.
KUANTAN, 11 JAN: Lima sekeluarga maut termasuk seorang bayi selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Nenasi-Rompin, berhampiran Kampung Sembayan, Nenasi, Pekan, malam ini.
Oleh Aliff Haiqal Mohamed SEPANG, 11 JAN: Kampung Orang Asli Kelinsing di sini menjadi Kampung Angkat Madani pertama yang menerima kemudahan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil. Menurut beliau, kementerian membelanjakan RM4.3 juta bagi melaksanakan...
KUALA LUMPUR, 11 JAN: Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti satu kes baharu jangkitan cacar monyet atau Mpox dilaporkan semalam, melibatkan seorang lelaki warganegara berusia 24 tahun.
BUKIT MERTAJAM, 11 JAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan tidak menyembunyikan dokumen tambahan (adendum) berhubung permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
BUTTERWORTH, 11 JAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 22,201 notis ke atas kenderaan perdagangan dalam Operasi Khas ‘Gempur Teknikal’ yang dijalankan di seluruh negara bagi tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas terhadap kenderaan yang gagal mematuhi peraturan.
BUKIT MERTAJAM, 11 JAN: Kerajaan tidak akan bertolak ansur sekiranya premium insurans kesihatan dinaikkan tanpa alasan yang munasabah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
KUALA LUMPUR, 11 JAN: Keadaan banjir di Johor bertambah buruk dengan jumlah mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri itu meningkat mendadak petang ini, manakala di Perak meningkat sedikit.
KUALA LUMPUR, 11 JAN: Setelah hampir tujuh tahun sejak dimansuhkan pada 2018, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 kembali semula tahun ini selepas Kementerian Pertahanan bersetuju melaksanakannya dengan konsep dan format baharu.
KUALA SELANGOR, 11 JAN: Penternak digesa mengawal haiwan ternakan daripada berkeliaran di kawasan jalan raya berikutan laporan kematian yang tinggi akibat kemalangan membabitkan binatang peliharaan atau ternakan.
KUALA SELANGOR, 11 JAN: Program Pembangunan Tanaman Bawang yang dianjurkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menyasarkan pengurangan 30 peratus import bahan makanan asas itu menjelang 2030.
GEORGE TOWN, 11 JAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengajak rakyat menumpukan kepada hal utama yang dapat membantu Malaysia menempa sejarah dan diangkat sebagai negara hebat di rantau ini.
SHAH ALAM, 11 JAN : Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menyempurnakan perasmian pusat beli-belah Elmina Lakeside Mall (ELM) serta Elmina Outdoor Sculpture Museum (EOSM).
KUALA LUMPUR, 11 JAN: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menafikan kerajaan akan melaksanakan program Rekalibrasi Tenaga Kerja 3.0 (RTK 3.0) dalam masa terdekat seperti tular di media sosial.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.