LONDON, 15 JAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di ibu negara United Kingdom (UK) hari ini untuk lawatan kerja selama lima hari ke negara yang merupakan rakan dagang keempat terbesar Malaysia dalam kalangan negara anggota Kesatuan Eropah.
BANGI, 14 JAN: Pelaksanaan platform digital “Pertukaran Suka Sama Suka” oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dijangka dapat direalisasikan pada suku ketiga atau keempat tahun ini.
KUALA LUMPUR, 14 JAN: Kos pembaikan jalan akibat banjir ekoran Monsun Timur Laut (MTL) mencecah RM101.57 juta, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
BUKIT MERTAJAM, 14 JAN: Bas persiaran yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer (KM) 157.8 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat sini, awal pagi tadi membawa rombongan 24 warga emas wanita termasuk empat beradik yang turut cedera dalam insiden tersebut.
SHAH ALAM, 14 JAN: Hujan lebat diramal melanda seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 8 malam, maklum Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
PUTRAJAYA, 14 JAN: Task Force Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai (TFST) berjaya menyelamatkan 475 projek melibatkan 59,050 unit rumah dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM52.67 bilion sepanjang tahun lepas.
SHAH ALAM, 14 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Klang sehingga 6 petang.
SUNGAI BULOH, 14 JAN: Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri R Ramanan hari ini mengumumkan peruntukan RM100 juta melalui TEKUN Nasional untuk memperkasakan dan memperkukuh lagi agenda pemerkasaan ekonomi komuniti India.
NIBONG TEBAL, 14 JAN: Seramai 23 penumpang cedera apabila bas persiaran terlibat kemalangan dengan sebuah lori kontena di Kilometer 157.8 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di sini pagi tadi.
KUALA LUMPUR, 14 JAN: Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang meningkat sedikit pagi ini manakala di Johor berkurang kepada 2,498 orang berbanding 2,584 malam tadi manakala di Perak dan Sarawak kekal.
KUALA LUMPUR, 14 JAN: Penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bermula esok menyaksikan penambahbaikan bantuan bersasar merangkumi sebahagian peningkatan peruntukan Belanjawan 2025 bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA dalam angka tertinggi iaitu RM13 bilion berbanding RM10 bilion pada tahun lalu.
KUALA TERENGGANU, 14 JAN: Jumlah mangsa yang berpindah akibat ombak besar dan air pasang di dua daerah di Terengganu meningkat kepada 299 setakat 8 pagi ini berbanding 80 dilaporkan semalam.
SEREMBAN, 14 JAN: Menteri Ekonomi Rafizi Ramli mendahului senarai 555 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kerajaan Negeri Sembilan sempena Hari Keputeraan Ke-77 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir hari ini.
KUALA LUMPUR, 14 JAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelaburan jangka panjang dijangka dapat disuntik termasuk membabitkan sektor penjagaan kesihatan, pengendali lapangan terbang dan tenaga susulan lawatan kerja beliau ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).
DUBAI, 14 JAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan Naib Presiden dan Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum yang juga pemerintah Dubai.
KOTA BHARU, 13 JAN: Seorang lelaki maut apabila kenderaan yang dipandu terbakar selepas terbabit dalam satu kemalangan di jalan Bandar Utama Gua Musang petang tadi.
TELUK INTAN, 13 JAN: Hukuman berbentuk khidmat masyarakat akan dikenakan terhadap individu yang didapati bersalah kerana membuang sampah merata-rata, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
PUTRAJAYA, 13 JAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) membuka kertas siasatan terhadap sebuah kilang pembuat roti sandwic di Sunway Damansara, Petaling Jaya, Selangor kerana disyaki menyalah guna logo halal.
SEPANG, 13 JAN: Penyerahan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Ampar Tenang, di sini daripada Bahagian Perancangan Perumahan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kepada Jabatan Perumahan Negara berjaya menamatkan penantian pemilik kediaman selama hampir 10 tahun.
IPOH, 13 JAN: Seorang lelaki berusia 54 tahun meninggal dunia ketika mendaki Bukit Kledang, Pasir Puteh dekat sini, hari ini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.