ad

Pelepasan cukai sehingga RM1,000 fi kemasukan ke pusat pelancongan

10 Okt 2025, 8:52 AM
Pelepasan cukai sehingga RM1,000 fi kemasukan ke pusat pelancongan

SHAH ALAM, 10 OKT: Pelepasan khas cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 diberikan atas perbelanjaan bayaran fi kemasukan ke pusat pelancongan tempatan dan program kebudayaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim inisiatif itu bagi menggalakkan rakyat melancong dalam negara sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

Beliau berkata demikian ketika membentang Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat hari ini.

Belanjawan yang mengangkat tema ‘Belanjawan Madani Keempat: Belanjawan Rakyat’ itu merupakan yang pertama di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) 2026-2030.