SHAH ALAM, 10 OKT: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2026 bertemakan Belanjawan Madani Keempat: Belanjawan Rakyat di Dewan Rakyat, hari ini.
Belanjawan sulung bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) itu menetapkan sembilan tekad utama berpaksikan tiga tonggak ekonomi Madani.
Berikut senarai manfaat yang diterima rakyat:
Pembangunan RMK-13
Lima projek di Selangor:
RTB Sungai Buloh Fasa 2
Blok Tambahan Hospital Banting, Selangor
Pembangunan baharu infrastruktur mekanikal dan elektrik untuk kawalan banjir di Selangor
Naik taraf Jalan Persekutuan dari persimpangan Batu 9 ke persimpangan Jalan Dato Alias termasuk pembinaan Jejambat Merentasi Persimpangan Batu 9, Cheras
Klinik Kesihatan Jenis 2 Kinrara, Petaling
Pembangunan bakat tempatan
RM7.9 bilion bagi pembangunan TVET
Naik taraf dan bina hangar baru selenggara kapal terbang di Pusat Latihan Teknologi Tinggi Shah Alam
Pelancongan
Pelepasan cukai pendapatan individu RM1,000 ke pusat pelancongan tempatan dan program kebudayaan
Pemerkasaan usahawan tempatan
RM50 bilion pinjaman dan jaminan usahawan tempatan
Lebih RM2.5 bilion pinjaman mikro bawah Bank Simpanan Nasional dan Tekun
RM50 juta dana pembiayaan Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Perladangan dan komoditi
RM120 juta bantu pekebun kecil tampung kos tanaman semula, usaha ladang getah persendirian terbiar
RM50 juta bangun, selenggara jalan ladang seluruh negara
RM600 juta kepada Lembaga Getah Malaysia bangunkan Pusat Kecemerlangan Penyelidikan
Agenda peralihan tenaga
RM20 juta rebat bantu pengguna, peniaga beli kelengkapan jenis cekap tenaga
Perluas pelepasan cukai pendapatan individu sebanyak RM2,500, merangkumi pembelian mesin rincih sisa makanan
Pesawah
RM2.62 bilion bagi subsidi harga, tanaman, baja, benih, dan insentif pengeluaran padi
Pesawah dapat bantuan RM4,300 sehektar tampung penggunaan diesel jentuai
Nelayan
Elaun sara hidup RM300 sebulan dan insentif hasil tangkapan RM160 juta
Diesel bersubsidi RM1.65 seliter dikekalkan
Pengusaha buah-buahan
RM55 juta bagi tanaman dan prasarana ladang nanas, durian belanda, jambu air dan limau besar
Ekonomi Bumiputera
RM20 juta untuk Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) sedia program pembiayaan mikro pesara, perkasa keusahawanan
RM6 bilion peluang pendidikan Bumiputera bawah MARA, Yayasan Peneraju dan UiTM
Kebajikan wanita
Pelepasan cukai pendapatan individu RM3,000 untuk yuran taman asuhan atau taman didikan kanak-kanak
Cukai diperluas kepada pusat jagaan harian atau pusat transit berdaftar hingga anak 12 tahun
Bantuan guaman untuk 5,000 ibu tunggal miskin selesaikan kes perceraian dan hak penjagaan anak
Belia
RM40 juta bagi wajah baharu Rakan Muda
Tumpuan kepada rancangan program dekati belia di desa yang tercicir dan terpinggir
Kebajikan OKU
RM1.4 bilion kepada OKU kronik terlantar, tiada upaya bekerja dan elaun pekerja
100 van mobiliti khas dengan sistem pengangkat kerusi roda mudahkan pergerakan OKU
Pelepasan cukai pendapatan individu dinaikkan kepada RM10,000 bagi pemeriksaan dan pengesanan, program intervensi awal serta rawatan pemulihan anak kurang upaya berumur 18 tahun
Bantuan
Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa empat diawal dan disalurkan mulai 18 Oktober
Diskaun tol 50 peratus untuk dua hari sempena Deepavali
Penerima STR turut terima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 setiap bulan atau RM1,200 setahun
1 juta penerima STR bawah e-Kasih terima SARA sehingga RM200 sebulan atau RM2,400 setahun
Bujang terima RM600 iaitu RM50 sebulan melalui SARA
22 juta rakyat 18 tahun ke atas dapat RM100 sekali lagi mulai tengah Februari
RM1 bilion tangani kos sara hidup termasuk RM600 juta tambah program Payung Rahmah seluruh negara
Caruman KWSP pekerja ekonomi sampingan, e-panggilan
Skim caruman padanan KWSP sukarela dinaikkan RM600 setahun atau RM6,000 seumur hidup
Kadar pekerja tidak formal dikekalkan pada RM500 setahun dan RM5,000 seumur hidup
Kesihatan
RM1.2 bilion selenggara dan baik pulih semua hospital serta klinik kerajaan
RM100 juta naik taraf wad hospital daerah seluruh negara
Insurans
Pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM3,000 untuk premium insurans nyawa kepada diri dan pasangan, diperluas kepada anak
Pengecualian duti setem ke atas polisi insurans atau sijil takaful bernilai kecil yang dibeli individu dan perusahaan mikro kecil dan sederhana dilanjutkan tiga tahun
Pengecualian duti setem dilanjut untuk tiga tahun ke atas polisi insurans dan sijil takaful bagi produk Perlindungan Tenang
Pelajar OKU
Pelajar sekolah OKU dapat elaun RM150 sebulan
Bantuan am sekolah untuk pelajar miskin diperluas sehingga tingkatan lima
Pendidikan percuma
Pendidikan tinggi percuma dibiayai PTPTN untuk pelajar keluarga berpendapatan kurang RM2,700 sebulan
Hutang peminjam PTPTN daripada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana kelas pertama dalam program ijazah dilupuskan
Peruntukan Kementerian Pendidikan
RM2 bilion naik taraf dan selenggara lebih 520 sekolah usang
Bina 38 sekolah baharu penuhi keperluan masyarakat setempat
Duti setem
Lanjutan pengecualian duti setem untuk pembelian rumah pertama berharga sehingga RM500,000 sehingga 21 Disember 2027
Pusat perpaduan, insentif filem kenegaraan
RM110 juta untuk pembikin filem tempatan dan antarabangsa di Malaysia
Ini termasuk RM10 juta yang diperuntuk khusus untuk filem "kenegaraan".
Bantuan khas kewangan
Bantuan khas kewangan RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak