SHAH ALAM, 19 JAN: Dato' Menteri Besar mengajak semua untuk bersikap ihsan terutama terhadap golongan istimewa bagi membentuk masyarakat penyayang yang saling membantu sesama insan.
LANGKAWI, 19 JAN: Permukiman Menteri Luar ASEAN (AMM) di bawah kepengerusian Malaysia berakhir hari ini dengan nasihat dikeluarkan kepada Myanmar, penilaian kemajuan Kod Tatalaku Laut China Selatan (COC), dan tekad untuk memperkukuh kesatuan serta daya tahan ASEAN.
SEREMBAN, 19 JAN: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun maut apabila motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 8 Jalan Bahau-Kemayan, Jempol, awal pagi tadi.
CHUKAI, 19 JAN: Polis meminta orang ramai supaya berhenti menularkan video yang memaparkan seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, Jumaat lepas.
PUTRAJAYA, 19 JAN: Pasukan penguat kuasa terutamanya Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sentiasa siap siaga mengekang pencerobohan di kawasan perairan negara, termasuk membendung cubaan kemasukan pelarian Rohingya dari Myanmar yang meningkat kebelakangan ini.
JOHOR BAHRU, 19 JAN: Seorang pejalan kaki maut selepas dilanggar sebuah kereta yang hilang kawalan ketika dia sedang mengambil gambar kejadian kemalangan di Kilometer 14, Lebuh Raya Iskandar Sultan di sini pagi tadi.
GEORGE TOWN, 19 JAN: Kerajaan sedang mengatur penghantaran pulang 127 rakyat Palestin termasuk 41 individu cedera yang dibawa ke Malaysia sebelum ini bagi menerima rawatan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
SHAH ALAM, 19 JAN: Polis berjaya membongkar kegiatan sebuah makmal pemprosesan dadah yang dipercayai didalangi sindiket antarabangsa, menerusi tiga serbuan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, tiga hari lepas.
KUALA LUMPUR, 19 JAN: Malaysia merupakan pintu gerbang yang sempurna ke dalam Asia Tenggara, lebih-lebih lagi dengan penyertaan United Kingdom (UK) dalam Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) yang turut disertai Malaysia.
MUKAH, 19 JAN: Empat penduduk di Skim Penempatan Semula Kuala Lama Mukah meminta bantuan pihak bomba untuk memindahkan mereka ke rumah anak masing-masing yang terletak di kawasan perumahan berdekatan, selepas dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat awal pagi ini.
Oleh Linda Khoo LANGKAWI, 19 JAN: Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan pada Sabtu menegaskan bahawa Asean akan terus memacu perjalanannya sendiri di tengah-tengah persaingan kuasa besar yang semakin meningkat di rantau ini. Dengan kedudukan geostrategik, kepelbagaian budaya dan kekuatan...
IPOH, 19 JAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak merampas 667 kilogram (kg) minyak masak botol bernilai RM4,148.70 selepas disyaki dijual melebihi harga kawalan ditetapkan di sebuah premis pasar mini di Teluk Intan, semalam.
KOTA KINABALU, 19 JAN: Jumlah mangsa banjir di SABAH kekal 1,054 mangsa daripada 355 keluarga pagi ini.
Oleh Massita Ahmad LANGKAWI, 19 JAN: Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan akan mempengerusikan Permukiman Menteri Luar Asean (AMM Retreat) pada Ahad di Langkawi, Kedah. Mesyuarat ini merupakan acara pertama dalam kalendar tahunan Asean bagi peringkat menteri di bawah kepimpinan Malaysia...
KUALA LUMPUR, 19 JAN: Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) telah menjalankan siasatan dalaman bagi mengetahui punca kejadian seorang pelanggan menampar petugas pemeriksa kenderaan Puspakom cawangan Johor Bahru, yang tular di media sosial baru-baru ini.
IPOH, 18 JAN: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak Khamis lepas ditemukan meninggal dunia dipercayai akibat lemas di Sungai Perak dekat Kampung Changkat Parah, Parit hari ini.
KUALA LUMPUR, 18 JAN: Situasi banjir di Pahang pulih sepenuhnya manakala jumlah mangsa di Sabah meningkat setakat 8 malam ini.
PUTRAJAYA, 18 JAN: Fasa tiga e-invois menerima lebih 4,900 penyertaan awal secara sukarela daripada pembayar cukai, menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
SHAH ALAM, 18 JAN: Daerah Hulu Selangor, Gombak, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang diramal hujan lebat hingga 10 malam, maklum Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
PARIT BUNTAR, 18 JAN: Bekalan ikan menjelang musim perayaan Tahun Baharu Cina adalah mencukupi bagi menampung keperluan pengguna di negara ini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.