SHAH ALAM, 24 FEB: Seramai 72,385 atau 59.3 peratus daripada 122,062 murid tahun satu yang terlibat dalam program intervensi 3M (membaca, mengira dan menulis) sepanjang tahun lalu, berjaya menguasai kemahiran itu.
KUALA LUMPUR, 24 FEB: Pengurusan dana awam dan kejadian buli di Maktab Tentera Diraja antara isu yang akan dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
SHAH ALAM, 23 FEB: Malam Mahabbah Selangor sempena Festival Turath Islami Selangor di masjid negeri di sini, malam ini berlangsung meriah dengan penyertaan lebih 1,000 individu.
SHAH ALAM, 23 FEB: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda daerah Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang hingga 11 malam.
LANGKAWI, 23 FEB: Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
SHAH ALAM, 23 FEB: Seramai 363 bekas peneroka Felda Sungai Buaya menerima baki pampasan berjumlah RM100,000 setiap seorang, sekali gus menamatkan penantian sejak 30 tahun.
KUALA LUMPUR, 23 FEB: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Jabatan Landskap Negara (JLN) menyasarkan pembinaan 112 Taman Rekreasi MADANI (TRM) di seluruh negara pada tahun ini.
PASIR PUTEH, 23 FEB: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia, bagi menampung keperluan untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan itu di seluruh negara, sejak bulan lepas.
KLUANG, 23 FEB: Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan empat motosikal di Kilometer 84, Jalan Kota Tinggi-Kluang di sini, tengah malam tadi.
IPOH, 23 FEB: Pelaksanaan perintah khidmat masyarakat hingga 12 jam bagi kesalahan pembuangan sampah kecil dijangka berkuat kuasa pada tahun ini juga, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
PUTRAJAYA, 23 FEB: Pemulihan dan keberdayaan ekonomi yang pesat serta keupayaan rakyat memajukan negara menjadi tarikan untuk pelabur asing datang ke Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PUTRAJAYA, 23 FEB: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keprihatinannya terhadap Khairul Hanafi, 8, yang kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya selepas terlibat dalam kemalangan minggu lepas.
PUTRAJAYA, 23 FEB: Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya.
PUTRAJAYA, 23 FEB: Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) dijangka dibentangkan di Parlimen pada Jun atau Julai tahun ini selepas melalui pelbagai proses perundangan dan libat urus sejak Disember tahun lepas.
KUANTAN, 23 FEB: Kerajaan memperuntukkan lebih RM123 juta untuk bantuan program pembangunan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) di Zon Timur tahun ini bagi memperkasakan pekebun kecil getah di Pahang, Kelantan dan Terengganu.
SHAH ALAM, 23 FEB: Semua pihak digesa menyediakan persekitaran yang selamat khususnya kepada wanita dan kanak-kanak susulan insiden cabul dalam masjid di Batang Kali, kelmarin.
BANGI, 22 FEB: Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
BANGI, 22 FEB: Malaysia sebagai sebuah negara perdagangan bersedia membuka ruang dan jalur baharu dengan beberapa negara berkembang termasuk di Afrika dan Amerika Latin yang akan membantu memperluaskan skop dagangan.
KUALA LUMPUR, 22 FEB: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
SHAH ALAM, 22 FEB: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda daerah Klang di Selangor hingga 1 pagi.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.