SABAK BERNAM, 5 MAC: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Kampung Seri Kedah, Sekinchan di sini, hari ini.
PUTRAJAYA, 5 MAC: Pelawak Harith Iskander dan Cecelia Yap Song masing-masing akan dikenakan kompaun berjumlah RM10,000 atas kesalahan memuat naik kandungan serta komen bersifat jelik dan menghina agama Islam.
KUALA LUMPUR, 5 MAC: Seorang pegawai kastam ditemukan maut, dengan leher dan kakinya terikat menggunakan pengikat kabel di Pejabat Perbendaharaan, Kementerian Kewangan di Putrajaya, hari ini.
KUALA LUMPUR, 5 MAC: Malaysia memperhebatkan usaha membanteras jenayah rentas sempadan, khususnya penipuan siber menerusi kerjasama strategik dengan beberapa negara asing dalam proses ekstradisi dan Triti Ekstradisi.
KUALA LUMPUR, 5 MAC: Kerjasama strategik Malaysia dengan Arm Holdings Inc adalah permulaan kepada gelombang semikonduktor kedua, menandakan peralihan pendekatan terhadap teknologi yang bakal mencorakkan masa depan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
KUALA LUMPUR, 5 MAC: Harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia turun lima sen iaitu masing-masing ditetapkan pada RM3.38 dan RM3.13 seliter bagi tempoh 6 hingga 12 Mac ini.
SHAH ALAM, 5 MAC: Setiap kebaikan manusia di dunia meskipun sekecil zarah akan dibalas dengan syurga manakala kezaliman tidak akan terlepas hukuman di akhirat kelak.
SHAH ALAM, 5 MAC: Tindakan perdana menteri dan Dato' Menteri Besar Selangor menyelesaikan kes tuntutan mahkamah secara baik terhadap dua pimpinan pembangkang mencerminkan kematangan politik.
Oleh Dewi Abdul Rahman SABAK BERNAM, 5 MAC: Kerajaan Selangor akan mengumumkan bantuan khas kewangan (BKK) tambahan kepada penjawat awam dan Ahli Dewan Negeri (ADN) 19 Mac ini. Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata perkara itu sudah diputuskan dalam mesyuarat EXCO pagi...
SHAH ALAM, 5 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 7 malam.
KUALA LUMPUR, 5 MAC: Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) merekodkan RM12.7 bilion Wang Tak Dituntut (WTD) hingga 31 Januari lalu, demikian menurut Kementerian Kewangan (MOF).
SABAK BERNAM, 5 MAC: Dato’ Menteri Besar meluangkan masa menziarahi empat kediaman asnaf di sekitar Sungai Besar sempena program Ramadan, hari ini.
KUALA LUMPUR, 5 MAC: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Malaysia MADANI (MTMM) yang pertama bagi tahun 2025, yang berperanan menetapkan dasar serta hala tuju pelaksanaan agenda Malaysia MADANI.
NILAI, 5 MAC: Penuntut Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Muhammad Hanif Zakaria mencipta sejarah bagi universiti itu apabila terpilih menjadi imam solat tarawih di Masjid Manukau Islamic Youth Centre di Auckland, New Zealand dari 2 hingga 26 Mac ini.
KUALA LUMPUR, 5 MAC: Kerajaan menyalurkan RM40 juta kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk melaksanakan projek penyelenggaraan 302 sistem telaga tiub di sekolah luar bandar di Sabah dan Sarawak tahun ini.
KUALA LUMPUR, 5 MAC: Terminal Bersepadu Gombak (TBG) yang dijangka beroperasi sepenuhnya Mei depan, bukan sahaja menjadi hab pengangkutan utama ke Pantai Timur malah binaannya yang eksklusif berkonsepkan pusat beli-belah, bakal menjadi tarikan yang menggamit kedatangan pengunjung.
KUALA LUMPUR, 5 MAC: Malaysia kini sedang merangka kerjasama dengan negara sepemikiran serta pihak berkepentingan, bagi meneroka kerjasama dalam bidang kritikal terutamanya perubatan, pendidikan serta pemulihan dan pembangunan semula infrastruktur asas di Gaza.
SHAH ALAM, 5 MAC: Digantung persekolahan 14 hari atau dibuang antara tindakan yang bakal diambil terhadap pelajar yang membuat kesalahan berulang menghisap rokok elektronik dalam kawasan sekolah.
KUALA LUMPUR, 5 MAC: Sebanyak 337 aduan konflik hidupan liar di Gua Musang, Kelantan, diterima Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) tahun lalu.
KUALA LUMPUR, 5 MAC: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan turun ke negeri mulai minggu hadapan untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.