PUTRAJAYA, 31 DIS: Kementerian Luar menjelaskan hanya dua rakyat Malaysia terlibat dalam kemalangan bas berhampiran Tasik Asvatnet, Norway, 26 Disember lalu.
PUTRAJAYA, 31 DIS: Kementerian Luar Negeri mengumumkan pelantikan seorang rakyat Malaysia, Dr Raja Subramaniam sebagai Pakar dalam Scientific Advisory Board (SAB) bagi Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW).
KUALA LUMPUR, 31 DIS: Pengelasan semasa kumpulan pendapatan 40 peratus terendah (B40), 40 peratus pertengahan (M40), dan 20 peratus tertinggi (T20) tidak mencerminkan realiti stratifikasi ekonomi isi rumah di Malaysia, menurut kajian terkini oleh Institut Penyelidikan Khazanah (KRI).
KOTA KINABALU, 31 DIS: Lebih 400 spesies kupu-kupu yang diawet kering ditempatkan dalam bilik koleksi Borneensis Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini, untuk tatapan mereka yang berminat dengan serangga berkenaan.
SHAH ALAM, 31 DIS: Perdana Menteri dijadual menyampaikan Amanat Tahun Baharu menerusi semua saluran media tempatan dan platform media sosial pada 9 malam ini.
KUALA LUMPUR, 31 DIS: Mangsa banjir di Johor yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) sedikit meningkat pagi ini, di Kelantan pula situasi bencana itu bertambah baik manakala jumlah mangsa di Terengganu kekal.
Oleh Siti Baaqiah Mamat dan Muhammad Saufee Rosman KUALA LUMPUR, 31 DIS: Tahun 2024 menyaksikan Kerajaan Madani terus melakar kejayaan melalui lonjakan ekonomi, hasil kerja keras sepanjang tahun demi manfaat rakyat dan negara. Antara inisiatif ditonjolkan ialah melalui Pelan Induk...
KUALA LUMPUR, 30 DIS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan Amanat Tahun Baharu yang boleh diikuti menerusi semua saluran media tempatan dan platform media sosial pada pukul 9 malam esok.
KUALA LUMPUR, 30 DIS: Situasi banjir di Kelantan dan Terengganu semakin pulih dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) kian berkurangan namun di Johor situasi berbeza direkodkan apabila satu lagi PPS dibuka setakat 8 malam tadi.
SHAH ALAM, 30 DIS: Pendakwah Indonesia Mohammad Ulul Azmi Askandar hanya tetamu kehormat Festival Darul Ehsan Berselawat dan penganjur tiada rancangan untuknya mengalunkan selawat.
SHAH ALAM, 30 DIS: Penjawat awam di Selangor hari ini tersenyum lebar apabila menerima bayaran pertama Bantuan Khas Kewangan (BKK) satu bulan.
KUALA LUMPUR, 30 DIS: Situasi banjir di Kelantan dan Terengganu beransur pulih dengan pengurangan jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS), manakala Johor kembali dilanda bencana alam itu akibat hujan lebat petang ini.
SHAH ALAM, 30 DIS: Enam daerah di Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat hingga 9 malam ini, maklum Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
KUALA BERANG, 30 DIS: Seorang warga emas terpaksa meredah air sejauh 300 meter sambil mendukung cucunya bagi menyelamatkan diri selepas kediamannya dilanda banjir, pagi tadi.
GAZA, 30 DIS: Seorang lagi bayi meninggal dunia awal pagi Ahad akibat cuaca sejuk melampau di Gaza, menandakan kematian bayi yang kelima dalam tempoh kurang seminggu.
BUTTERWORTH, 30 DIS: Seorang Orang Kurang Upaya (OKU) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membuat permohonan tuntutan kemalangan insurans disyaki palsu RM1 juta tahun lepas.
GOPENG, 30 DIS: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sejumlah RM40 juta kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) bagi menaik taraf serta membaik pulih Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) dan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di seluruh negara.
KLANG, 30 DIS: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah II (Selangor) merampas beras, sisa elektronik (e-waste), rokok dan tembakau sedut bernilai lebih RM10 juta dalam serbuan berasingan di Pelabuhan Barat di sini dan di sekitar Selangor baru-baru ini.
KUALA KRAI, 30 DIS: Keadaan sekitar jajahan Kuala Krai yang dilanda banjir sejak semalam, dilihat semakin bertambah pulih susulan cuaca yang baik hari ini dan paras air sungai di kawasan terlibat pula semakin surut dengan ketara.
KOTA BHARU, 30 DIS: Fenomena banjir yang melanda Kelantan sejak semalam terus membawa cabaran besar apabila berlaku dua kejadian tanah runtuh dan dua jalan utama terputus di jajahan Machang.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.