ad

11 das tembakan meriam simbolik Istiadat Pernikahan Diraja Tengku Amir Shah

2 Okt 2025, 2:44 AM

KLANG, 2 OKT: Tembakan meriam yang dilepaskan di Istana Alam Shah tepat jam 10.05 pagi tadi memecah hening bandar raya Klang.

Tembakan 11 das itu simbolik sempurnanya Istiadat Pernikahan Diraja Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah bersama Cik Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz.

Tembakan kehormatan itu dijalankan pasukan 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja (Istiadat) berpangkalan di Kem Sungai Buloh.

Terdahulu, lebih 2,000 hadir bagi menyaksikan perarakan Istiadat Pernikahan Diraja Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah bermula di Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz Klang.

Suasana meriah dipenuhi orang ramai yang mengenakan pelbagai gaya dan warna sambil memegang bendera negeri Selangor untuk dilambaikan kepada Raja Muda Selangor.

Tengku Amir Shah dijadual berarak menaiki kereta Rolls Royce dari Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz sehingga ke Masjid Istana Diraja Istana Alam Shah sejauh 1.2 kilometer.

Mufti Selangor Dato' Setia Dr Anhar Opir mengetuai Istiadat Pernikahan Diraja yang berlangsung di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang.