ad

Lebih 2,000 meriahkan perarakan Istiadat Pernikahan Diraja Raja Muda Selangor

2 Okt 2025, 1:27 AM

KLANG, 2 OKT: Lebih 2,000 hadir bagi menyaksikan perarakan Istiadat Pernikahan Diraja Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah bersama Cik Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz.

Orang ramai mula berkumpul seawal jam 7 pagi bagi melihat perarakan tersebut yang bermula di Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz, di sini.

Orang ramai hadir seawal pagi untuk menyaksikan Istiadat Perarakan Pengantin Putera Diraja DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj di hadapan Istana Alam Shah, Klang pada 2 Oktober 2025. Foto FIKRI YUSOF / MEDIA SELANGOR

Orang ramai yang mengenakan pelbagai gaya dan warna memegang bendera Selangor untuk dilambaikan kepada Raja Muda Selangor.

Tengku Amir Shah dijadual berarak menaiki kereta Rolls Royce dari Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz sehingga ke Masjid Istana Diraja Istana Alam Shah sejauh 1.2 kilometer.

Orang asal turut hadir seawal pagi untuk menyaksikan Istiadat Perarakan Pengantin Putera Diraja DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj di hadapan Istana Alam Shah, Klang pada 2 Oktober 2025. Foto FIKRI YUSOF / MEDIA SELANGOR

Mufti Selangor Dato' Setia Dr Anhar Opir mengetuai Istiadat Pernikahan Diraja yang berlangsung di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang.

Sempena perarakan pernikahan Diraja ini, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor menitahkan polis hanya menutup Jalan Istana, Klang iaitu dari hadapan Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz sehingga ke pagar utama Istana Alam Shah.

Orang ramai hadir seawal pagi untuk menyaksikan Istiadat Perarakan Pengantin Putera Diraja DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj di hadapan Istana Alam Shah, Klang pada 2 Oktober 2025. Foto FIKRI YUSOF / MEDIA SELANGOR

Seramai 400 anggota polis bertugas bagi memastikan keselamatan dan kelancaran sepanjang perarakan.

Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) memperuntuk lebih RM3 juta bagi kerja pengindahan dan penyenggaraan sekitar bandar raya Klang.