KOTA TINGGI, 29 JAN: Seorang kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang setelah terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan air deras di Taman Kota Jaya di sini Isnin lepas, ditemukan lemas oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pagi tadi.
KUALA LUMPUR, 29 JAN: Malaysia akan membina sebuah sekolah, hospital, dan masjid sebagai usaha permulaan dalam membantu membangunkan semula Gaza, Palestin, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
IPOH, 29 JAN: Seorang lelaki dan wanita cedera apabila kereta dinaiki terbabas dan jatuh ke dalam gaung setinggi lima meter berhampiran Batu 7, Jalan Pahang, Tapah hari ini.
SHAH ALAM, 29 JAN: Klang merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat dengan bacaan 162, setakat jam 1 tengah hari tadi, lapor Jabatan Alam Sekitar.
SHAH ALAM, 29 JAN: Dato’ Menteri Besar menziarahi kediaman EXCO Pelancongan dan Kerajaan Tempatan Dato’ Ng Suee Lim bagi meraikan Tahun Baharu Cina di Seksyen 7 di sini, hari ini.
KUCHING, 29 JAN: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri menemukan dua lagi mayat mangsa yang kedua-duanya kanak-kanak perempuan, pagi tadi.
KUALA LUMPUR, 29 JAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan enam pemandu bas yang didapati positif dadah dalam Op Khas Tahun Baharu Cina (TBC) yang dijalankan di seluruh negara malam tadi.
KUCHING, 29 JAN: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak bersedia membawa pakar dari Kuala Lumpur untuk membantu mengeluarkan kesemua mangsa yang dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku di Miri awal pagi tadi.
KUALA LUMPUR, 29 JAN: Kegembiraan menyambut Tahun Baharu Cina bagi empat sekeluarga bertukar duka apabila kediaman dihuni mereka di Taman Mas 1, Hulu Langat, dekat sini, terbakar awal pagi tadi.
KUALA LUMPUR, 29 JAN: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan perlahan pagi ini susulan pertambahan jumlah kenderaan pulang ke kampung halaman sempena Tahun Baharu Cina.
KUCHING, 29 JAN: Satu lagi mayat mangsa kejadian tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit di bandar raya Miri awal pagi tadi, ditemukan kira-kira 8.55 pagi.
SHAH ALAM, 29 JAN: Selangor menawarkan ekosistem kukuh dalam menyokong pertumbuhan industri aeroangkasa melalui aktiviti penyelidikan, pembangunan, pembuatan dan penyelenggaraan.
KUALA LUMPUR, 29 JAN: Gempa bumi sederhana berukuran magnitud 5.9 dilaporkan berlaku di Semenanjung Minahassa, Indonesia pada 10.53 malam tadi dengan gegaran turut dirasai di sekitar Semporna, Tawau dan Lahad Datu, Sabah.
KUCHING, 29 JAN: Mayat mangsa tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri awal pagi tadi ditemukan 6.17 pagi melibatkan remaja lelaki berusia 17 tahun.
SHAH ALAM, 29 JAN: Amaran hujan berterusan tahap bahaya dijangka melibatkan beberapa kawasan Seksyen A di Sarawak iaitu Kuching, Serian, Samarahan, Sarikei (Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu (Tatau dan Bintulu) dan Miri (Subis).
KUCHING, 29 JAN: Enam mangsa dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit di Miri pagi tadi.
KUALA LUMPUR, 28 JAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap sambutan Tahun Baharu Cina yang akan disambut esok, menjadi satu titik permulaan baharu dan segar untuk terus memperkukuh semangat kebersamaan dan kekeluargaan demi negara.
SHAH ALAM, 28 JAN: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor menyeru rakyat mengamalkan muafakat dalam kehidupan seharian supaya keamanan kekal kukuh.
SHAH ALAM, 28 JAN: Dato’ Menteri Besar mengucapkan selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh masyarakat Tionghoa di negeri ini.
SHAH ALAM, 28 JAN: Pencapaian pembangunan yang memberangsangkan tahun lepas pada tahap 96 peratus perlu dikekalkan untuk 2025, kata Dato’ Menteri Besar.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.