ad

Pendidikan seimbang kunci lahirkan pelajar berjati diri - Naib Canselor UPSI

22 Okt 2025, 2:41 PM
Pendidikan seimbang kunci lahirkan pelajar berjati diri - Naib Canselor UPSI
Pendidikan seimbang kunci lahirkan pelajar berjati diri - Naib Canselor UPSI
Pendidikan seimbang kunci lahirkan pelajar berjati diri - Naib Canselor UPSI
Pendidikan seimbang kunci lahirkan pelajar berjati diri - Naib Canselor UPSI

SHAH ALAM, 22 OKT: Pendidikan perlu diterapkan secara seimbang merangkumi aspek rohani, jasmani dan intelektual bagi melahirkan pelajar berjati diri serta berakhlak mulia, kata Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dato’ Dr Md Amin Md Taff.

Beliau menegaskan sistem pendidikan tidak seharusnya terlalu berorientasikan kewangan hingga mengabaikan nilai moral dan kemanusiaan kerana hal itu akan menjejaskan proses pembentukan insan yang berilmu dan memberi manfaat kepada agama, bangsa serta negara.

“Menjadi guru bukan hanya pada diri tetapi juga kepada isteri dan anak-anak di rumah. Masyarakat kini hanya menganggap guru hanya di sekolah sahaja.

“Tukar beberapa pelan pendidikan sekalipun tidak akan berjaya kerana pendidikan adalah hak masyarakat dan perlu diserahkan kepada masyarakat,” katanya.

Dato’ Dr Md Amin berkata demikian ketika menjadi panel Forum Reformasi Pendidikan dan Cabaran Masa Kini: Punya Arah atau Hilang Arah? anjuran Kerajaan Negeri Selangor di Pustaka Raja Tun Uda, di sini, hari ini.

Beliau menambah usaha kerajaan memperkenalkan pendidikan berteraskan pembentukan karakter adalah langkah tepat bagi melahirkan pelajar yang memahami peranan mereka sebagai insan berguna serta mampu menyumbang kepada masyarakat.

Forum berkenaan dikendalikan Ketua Sekretariat Pembangunan Mahasiswa Selangor Mohd Hidayat Mohd Sauffi dan menampilkan barisan panel termasuk Ahli Dewan Negeri Batu Tiga Danial Al-Rashid, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Aminuddin Awang serta Ahli Dewan Negara Dr Jufitri Joha.

Terdahulu, program dirasmikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari yang turut hadir mendengar sesi perbincangan. Penganjuran forum itu mencerminkan keterbukaan Kerajaan Negeri dalam memberi ruang membahaskan isu pendidikan secara menyeluru