SHAH ALAM, 26 FEB: Mainan kanak-kanak berbentuk cat akan disenaraikan antara alat permainan tidak selamat, kata timbalan menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup.
SHAH ALAM, 26 FEB: Saman fitnah yang difailkan Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari terhadap Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi pagi ini.
KUALA LUMPUR, 26 FEB: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin ASEAN berada di ambang pembaharuan dan transformasi yang dipacu oleh visi kemajuan bersama, kemakmuran, dan keadilan.
JOHOR BAHRU, 26 FEB: Tiga pekerja asing ditemukan lemas selepas bot yang mereka naiki dipercayai hanyut dan terdampar di Pantai Tanjung Langsat, Pasir Gudang di sini semalam.
KUALA LUMPUR, 26 FEB: Usaha mengurangkan kemalangan maut melibatkan lori, isu penyakit kerap dituntut dalam insurans perubatan dan trend kematian kanak-kanak di pusat asuhan antara tumpuan utama Dewan Rakyat, hari ini.
SHAH ALAM, 25 FEB: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI memperkenal Pelan Strategik Kumpulan (GSB) sempena ulang tahun ke-30 tahun ini.
KOTA BHARU, 25 FEB: Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Tanah Merah bagi memberi perlindungan kepada 62 orang daripada 17 keluarga akibat bencana banjir, setakat 10 malam ini.
SHAH ALAM, 25 FEB: Sebanyak RM579 juta kutipan hasil di Selangor dilaporkan setakat Februari tahun ini, maklum Dato’ Menteri Besar.
SHAH ALAM, 25 FEB: Persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) tahun lalu mencatatkan bilangan hari tertinggi di antara semua negeri berdasarkan Skor Keterbukaan Awam oleh Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), kata Dato’ Menteri Besar.
PUTRAJAYA, 25 FEB: Seorang warga emas dijatuhkan hukuman penjara enam bulan selepas gagal membayar denda RM30,000 atas kesalahan memuat naik kandungan bersifat palsu mengenai Yang di-Pertuan Agong dan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268 menggunakan aplikasi Facebook miliknya.
SHAH ALAM, 25 FEB: Selangor merekodkan jumlah pelaburan RM101 bilion tahun lalu, melebihi sasaran RM55 bilion yang ditetapkan Kerajaan Negeri, kata Dato’ Menteri Besar.
PUTRAJAYA, 25 FEB: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah membuka tiga kertas siasatan serta mengeluarkan 47 notis ke atas peniaga kelapa dan santan kelapa yang didapati menaikkan harga.
SHAH ALAM, 25 FEB: Sebanyak 56 Alat Defibrilator Luaran Automatik (AED) ditempatkan di bangunan Kerajaan Negeri, pihak berkuasa tempatan dan anak syarikat bagi meningkatkan keupayaan menangani kes kecemasan serangan jantung.
KUALA LUMPUR, 25 FEB: Sejumlah 3,670 laman sesawang bersifat lucah disekat dari 2022 sehingga 15 Feb lepas, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
SHAH ALAM, 25 FEB: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 4 Mac untuk keputusan permohonan ibu bapa kepada Zayn Rayyan Abdul Matin bagi membatalkan pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autistik itu dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya.
PUTRAJAYA, 25 FEB: Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus mempertingkatkan aspek pendidikan keselamatan jalan raya dalam kalangan murid dengan menggunakan modul serta kurikulum sedia ada.
SHAH ALAM, 25 FEB: Selangor memperuntuk RM6 juta untuk meneruskan pemberian tunai RM1,000 kepada jemaah haji pada tahun ini.
SYDNEY, 25 FEB: Hampir 11 tahun selepas kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang masih menjadi misteri, usaha pencarian baharu diteruskan di Lautan Hindi, agensi berita Jerman (dpa) memetik laporan media pada Selasa.
KUANTAN, 25 FEB: Dua warga Kemboja ditahan kerana disyaki terlibat melombong emas secara haram di Sungai Jubau, Mukim Keratong Muadzam Shah, Rompin semalam.
PUTRAJAYA, 25 FEB: Beras Putih Tempatan (BPT) bersubsidi berharga RM26 bagi pek 10 kilogram (kg) akan dijual di pasaran bermula 1 Mac ini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.