KOTA KINABALU, 2 MAC: Banjir di Sabah pulih sepenuhnya dengan lima pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir, iaitu di Telupid ditutup pada 8 pagi ini dan kesemua 350 mangsa daripada 102 keluarga yang mendiami PPS itu dibenarkan pulang.
KUALA LUMPUR, 2 MAC: Pencapaian Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.30 peratus untuk simpanan konvensional dan syariah bagi 2024 akan membantu meningkatkan keyakinan terhadap pasaran modal dan sektor pelaburan, menurut seorang ahli ekonomi.
KUALA LUMPUR, 2 MAC: Kemeriahan menyambut kedatangan Ramadan 1446H mula dirasai dengan rata-rata umat Islam di Malaysia mengambil kesempatan mengimarahkan masjid bagi menunaikan solat sunat tarawih pertama secara berjemaah malam tadi sebelum mula berpuasa hari ini.
KOTA KINABALU, 2 MAC: Mangsa banjir di Sabah kekal 350 orang daripada 102 keluarga setakat 8 pagi ini yang masih berlindung di lima pusat pemindahan sementara (PPS) di Telupid.
SHAH ALAM, 1 MAC: Dato' Menteri Besar mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan menghayati Ramadan kepada seluruh umat Islam.
KOTA KINABALU, 1 MAC: Penduduk Kampung Cempaka, Likas di sini yang hilang tempat tinggal dalam kebakaran memusnahkan 80 rumah awal pagi tadi, reda dengan ujian menimpa menjelang Ramadan, bermula esok.
KUALA LUMPUR, 1 MAC: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyeru seluruh umat Islam menjauhkan diri daripada segala bentuk fitnah dan penyebaran berita palsu sempena Ramadan.
KUALA LUMPUR, 1 MAC: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Ramadan kepada seluruh umat Islam di Malaysia.
SHAH ALAM, 1 MAC: Dua lelaki melecur dalam kebakaran membabitkan sebuah bengkel kenderaan di Jalan Sungai Puloh 5, Kawasan Perindustrian Sungai Puloh di Kapar, Klang hari ini.
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 1 MAC: Dividen 6.30 peratus yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk akaun syariah bagi 2024 melibatkan jumlah agihan sebanyak RM10.19 bilion menjadi bukti pelaburan patuh syariah itu mempunyai potensi kukuh dalam menghasilkan...
KUALA LUMPUR, 1 MAC: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam di Malaysia untuk memperkukuh amal ibadah dan meningkatkan ketakwaan dalam menghayati keberkatan bulan Ramadan.
ALOR SETAR, 1 MAC: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun cedera parah selepas diserang sekumpulan anjing di Kampung Dedek dekat Langkawi, hari ini.
PUTRAJAYA, 1 MAC: Kementerian Kesihatan (KKM) akan memperluaskan aktiviti pemantauan makanan di hotel yang menyediakan bufet Ramadan, premis pembekal bahan mentah serta premis penyediaan ais bagi memastikan semua pihak terlibat mematuhi piawaian kebersihan dan keselamatan ditetapkan sepanjang bulan Ramadan ini.
SARIKEI, 1 MAC: Seorang warga emas yang dilaporkan hilang hampir seminggu di hutan kawasan Rumah Luang Empaong, Roban, Saratok, ditemukan selamat hari ini.
KUALA LUMPUR, 1 MAC: Pencapaian Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar Kerajaan MADANI yang mesra pertumbuhan dan pelabur, disokong reformasi fiskal di bawah kerangka Ekonomi MADANI sekali gus memberi manfaat kepada rakyat untuk pertumbuhan sejagat dan lestari, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
SHAH ALAM, 1 MAC: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berada di ranking ke-13 sebagai dana persaraan terbesar di dunia dan kelima terbesar di Asia setakat September 2024, kata Ketua Pegawai Eksekutif Ahmad Zulqarnain Onn.
KUALA LUMPUR, 1 MAC: Seorang murid cedera selepas dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) ketika sedang melintas berhampiran kawasan sekolah di Jalan Persiaran Fajar, Subang Bestari, Selangor, tengah hari semalam.
SHAH ALAM, 1 MAC: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menyantuni penjawat awam menerusi program Ihya Ramadan di semua kementerian.
KUALA LUMPUR, 1 MAC: Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 6.30 peratus bagi simpanan konvensional dengan jumlah agihan RM63.05 bilion dan 6.30 peratus bagi simpanan syariah dengan jumlah agihan RM10.19 bilion.
ALOR SETAR, 1 MAC: Kerajaan terus membela nasib veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang hilang upaya akibat kecederaan semasa bertugas bagi memastikan nasib anak-anak mereka tidak terabai.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.