ad

Lima stesen sungai di Selangor lepasi tahap bahaya setakat 9.45 pagi

25 Nov 2025, 2:05 AM
Lima stesen sungai di Selangor lepasi tahap bahaya setakat 9.45 pagi

SHAH ALAM, 25 NOV: Sebanyak lima stesen sungai di Selangor melepasi tahap bahaya setakat jam 9.45 pagi ini, menurut laman info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran.

Semalam, sembilan stesen di Selangor termasuk empat stesen di Klang mencatatkan paras bahaya susulan hujan lebat berterusan yang mengakibatkan beberapa kawasan di negeri ini dilanda banjir.

Lima stesen melepasi tahap bahaya:

  • Sungai Bernam di Jambatan SKC, Hulu Selangor - aras air 4.58m (melebihi tahap bahaya 4.2m

  • Sungai Binjai di Pekan Meru, Klang - aras air 4.58m (melebihi tahap bahaya 4.2m)

  • Sungai Rasau di Taman Desa Kemuning, Klang - aras air 3.09m (melebihi tahap bahaya 3m)

  • Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat - aras air 4.91m (melebihi tahap bahaya 4.2m)

  • Sungai Bernam di Rimba KDR, Sabak Bernam - aras air 2.47m (melebihi tahap bahaya 2.3m)

Empat stesen melepasi tahap amaran:

  • Sungai Klang di Bandar Klang, Klang - aras air 2.86m (melebihi tahap amaran 2.7m)

  • Sungai Klang di Kg. Lombong, Klang - aras air 3.79m (melebihi tahap amaran 3m)

  • Sungai Selangor di Rantau Panjang, Kuala Selangor - aras air 7.72m (melebihi tahap amaran 7.3m)

  • Sungai Langat di Dengkil, Sepang - aras air 6.95m (melebihi tahap amaran 6.9m)

Enam stesen melepasi tahap wasapda:

  • Sungai Bernam di Kg. Sg. Selisek, Hulu Selangor - aras air 26.73m (melebihi tahap waspada 26.1m)

  • Sungai Klang di Taman Sri Muda, Klang - aras air 4.64m (melebihi tahap wspada 4.4m)

  • Sungai Buloh di Parit Mahang, Kuala Selangor - aras air 3.84m (melebihi tahap wasapda 3.5m)

  • Sungai Selangor di Kg. Lubuk Jaya, Kuala Selangor - aras air 1.99m (melebihi tahap waspada 1.75m)

  • Sungai Bakul di Kg. Budiman, Petaling - aras air 7.68m (melebihi tahap waspada 7.4m)

  • Sungai Labu di Kg. Labu Lanjut (Masjid KLIA), Sepang - aras air 7.17m (melebihi tahap waspada 7m)