SHAH ALAM, 20 APRIL: Lembaga Tabung Haji (TH) akan bekerjasama rapat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan polis dalam membanteras penipuan pakej haji.
KOTA BHARU, 20 APRIL: Tourism Malaysia menyasarkan seramai 45 juta pelawat ke negara ini bagi merancakkan lagi kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026).
SHAH ALAM, 20 APRIL: Selangor mencatatkan jumlah jemaah haji paling tinggi iaitu 8,338 orang, dengan daerah Hulu Langat mempunyai paling ramai bakal haji tahun ini.
IPOH, 20 APRIL: Seramai 136 individu termasuk 81 pelajar sebuah politeknik terkandas susulan jambatan ke Kampung Tisong runtuh mengakibatkan laluan keluar masuk ke Hot Spring Felda Sungai Klah, Kampung Tisong, Sungkai dan Buyong Mas Sanctuary Camp Site Sungai Klah (Sungkai) terputus, hari ini.
SHAH ALAM, 20 APRIL: Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Kuala Langat diramal hujan lebat, ribut petir dan angin kencang hingga 3 petang ini.
SHAH ALAM, 20 APRIL: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor mengingatkan umat Islam tidak menganiaya sesama Islam dengan menawarkan pakej haji palsu dan mengaut keuntungan secara menipu.
SHAH ALAM, 20 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Kuala Selangor, Klang, Petaling dan Kuala Langat hingga 12 tengah hari.
SHAH ALAM, 20 APRIL: Kerajaan Negeri membuka permohonan Insentif Haji Muassasah bernilai RM1,000 kepada jemaah yang layak bermula Selasa ini sehingga 25 Julai depan.
PUTRAJAYA, 20 APRIL: Sebanyak 22 Kursus Perdana Haji (KPH) dianjurkan Lembaga Tabung Haji (TH) di seluruh negara bermula 11 April lepas hingga 4 Mei ini bertujuan memperkukuh kefahaman berkaitan manasik atau tatacara pelaksanaan haji kepada bakal jemaah terpilih pada musim ini.
SHAH ALAM, 20 APRIL: Polis sedang menyiasat kejadian membabitkan seorang pengawal keselamatan yang dipercayai melepaskan tembakan ke arah seorang lelaki bersenjatakan parang di sebuah restoran di Banting dekat sini petang semalam.
KUALA LUMPUR, 19 April: Orang ramai diingatkan agar tidak mudah terperdaya dengan mesej palsu berkaitan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang tersebar menerusi aplikasi WhatsApp.
KUALA LUMPUR, 19 APRIL: Majlis Media Malaysia yang bakal ditubuhkan disarankan untuk mempertimbangkan penubuhan pasukan khas bagi memantau dan mengkaji kesilapan media, kata seorang ahli akademik.
SHAH ALAM, 19 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat hingga 9 malam.
KUALA LUMPUR, 19 APRIL: Seluruh jentera kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri perlu bersiap siaga berdepan ketidaktentuan ekonomi global, khususnya susulan pengumuman tarif oleh Amerika Syarikat (AS), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
IPOH, 19 APRIL: Modul Kursus Teori Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP01) yang sebelum ini berasingan untuk lesen motosikal dan motokar akan diintegrasikan dengan calon hanya perlu menduduki satu kelas teori sahaja berkuat kuasa 1 Ogos ini.
KUALA LUMPUR, 19 APRIL: Tourism Selangor menawarkan 30 produk pelancongan dengan potongan harga hingga 50 peratus di Pameran Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) 2025 sejak semalam hingga esok.
IPOH, 19 APRIL: Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook hari ini memberi amaran kepada tonto yang menggugut penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang sedang melakukan operasi penguatkuasaan, terutamanya melibatkan kenderaan berat.
KUALA LUMPUR, 19 APRIL: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor menunjukkan penurunan pada petang ini manakala di Sabah tidak berubah.
KUALA LUMPUR, 19 APRIL: Khazanah Nasional Bhd mengagihkan makanan yang pada asalnya disediakan untuk Rumah Terbuka Aidilfitri Khazanah 2025, bagi menyokong hampir 3,000 individu yang memerlukan, susulan pembatalan acara itu sebagai menghormati pemergian bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.
GOMBAK, 19 APRIL: Selangor akan memberi tajaan penuh kepada 75 bakal haji tahun ini, meningkat lebih separuh berbanding 36 individu tahun lalu.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.