Polis menahan seorang lelaki warga Vietnam yang cuba menarik bayi berusia 11 bulan semasa ingin melarikan selepas ditangkap mencuri di sebuah pasar raya di sini hari ini.
Polis sedang giat mengesan dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan bersenjata di hadapan sebuah pusat hiburan di Jalan Tun Sambanthan, di sini awal pagi tadi yang menyebabkan dua individu cedera.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggali semula kubur Zara Qairina Mahathir secepat mungkin untuk melengkapkan proses siasatan kes kematian pelajar tingkatan satu berkenaan.
Sebanyak 21 warga asing ditolak kemasukan ke Malaysia manakala seorang lagi ditahan selepas Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menggagalkan cubaan kemasukan dan keluar negara secara tidak sah menggunakan tiga modus operandi berbeza di Terminal 2 (T2).
Seorang petani didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah membuat dan memulakan hantaran komen jelik berkaitan isu 3R (raja, agama dan kaum) menerusi Facebook miliknya, Februari lepas.
Seorang lelaki warga India mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan cuba menyeludup 2,578 ekor kura-kura telinga merah (Trachemys scripta) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA T1), pada Selasa lepas.
KUALA LUMPUR, 8 OGOS: Polis memburu seorang lelaki yang dipercayai dalang utama kes penipuan pelaburan berasaskan saham keutamaan melibatkan kerugian berjumlah hampir RM2.32 juta.
CHUKAI, 8 OGOS: Jurutera kerugian RM114,000 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan dalam talian yang menyamar sebagai pegawai polis dari Bukit Aman 5 Ogos lalu.
Polis telah merekodkan keterangan 37 mangsa dan tiga saksi kes penipuan pelaburan tidak wujud membabitkan sebuah syarikat, dengan jumlah kerugian keseluruhan dianggarkan RM8.45 juta.
Empat lelaki yang menaiki sebuah kenderaan dan disyaki merempuh seorang anggota polis sehingga maut dalam kejadian di Taman Golf, di sini semalam, direman tujuh hari bermula pada hari ini.
SEREMBAN, 8 OGOS: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan menyita 10 kenderaan mewah kerana cukai jalan dan insurans tamat tempoh dari Januari hingga awal bulan ini, kata Pengarahnya Hanif Yusabra Yusof.
ALOR SETAR, 8 OGOS: Seorang anggota polis maut selepas dirempuh kenderaan dinaiki penjenayah yang sedang melakukan jenayah pecah rumah di Taman Golf, dekat sini, semalam.
Kesemua suspek berusia 19 hingga 35 tahun telah tamat tempoh reman polis dan kini ditahan reman oleh Jabatan Imigresen sehingga 15 Ogos
Seorang bekas jurulatih wushu dihukum penjara 13 tahun dan dikenakan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, tiga tahun lalu
Wanita itu didakwa membunuh bayi perempuan berkenaan di sebuah kondominium di Jalan Sri Permaisuri, Cheras pada 30 Julai lepas
BUTTERWORTH, 7 OGOS: Taktik 35 wanita pelayan pelanggan (GRO) bersembunyi di dalam bilik rahsia sebuah premis hiburan di sini terbongkar selepas mereka berjaya dikesan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam satu operasi hari ini.
SHAH ALAM, 7 OGOS: Jabatan Perikanan Selangor menyita 102 ekor ikan perhiasan larangan bernilai RM18,000 selepas menyerbu sebuah premis akuarium di Klang, semalam.
PUTRAJAYA, 7 OGOS: Lelaki warga India ditahan kerana cuba menyeludup keluar lebih 2,500 kura-kura bernilai kira-kira RM348,000 melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA T1) Selasa lalu.
Remaja lelaki berusia 14, 18 dan 19 tahun itu dibawa dari Johor untuk direman di Seremban pada Selasa bagi proses rakaman keterangan
KUALA LUMPUR, 7 OGOS: Lelaki dipercayai warganegara asing ditahan kerana menceroboh landasan Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek laluan Ampang di sini, pagi semalam.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.