Remaja Malaysia ditahan di Hong Kong, bawa bunga ganja bernilai RM260,000

15 Jul 2026, 10:45 AM
Remaja Malaysia ditahan di Hong Kong, bawa bunga ganja bernilai RM260,000

SHAH ALAM, 15 JULAI: Rakyat Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong selepas disyaki membawa bunga ganja seberat tiga kilogram yang dianggarkan bernilai HK$500,000 (RM260,000).

Jabatan Kastam dan Eksais Hong Kong berkata remaja lelaki berusia 19 tahun itu tiba dengan penerbangan dari Kuala Lumpur menerusi Singapura pada 9 Julai lalu.

Menurut kenyataan itu, dadah berkenaan ditemukan dalam bagasi berdaftar suspek ketika pemeriksaan kastam dijalankan.

"Pegawai kastam menemukan bahan disyaki bunga ganja seberat kira-kira tiga kilogram dalam bagasi berdaftarnya.

"Lelaki itu kemudian ditahan dan siasatan masih dijalankan," menurut kenyataan itu, lapor Berita Harian.

Kastam Hong Kong memaklumkan pihaknya akan terus mempertingkat usaha membanteras kegiatan pengedaran dadah menerusi analisis risikan.

Menurut kenyataan itu, orang ramai diingatkan tidak seharusnya menerima tawaran kerja atau arahan daripada mana-mana pihak untuk membawa barangan terkawal masuk atau keluar dari Hong Kong, selain tidak membawa barangan yang tidak diketahui kandungannya bagi pihak individu lain.

Mengikut Ordinan Dadah Berbahaya Hong Kong, kesalahan mengedar dadah berbahaya boleh dikenakan hukuman denda maksimum HK$5 juta (RM2.6 juta) dan penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.