GOMBAK, 7 DIS: Kerajaan Negeri mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengesan pemilik kilang tanpa kebenaran (KTK) yang belum menyertai program pemutihan.
ALOR SETAR, 7 DIS: Landasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) yang ditutup sejak 29 Nov lepas berikutan daerah Kota Setar dilanda bencana banjir, dijangka dibuka dan beroperasi semula Isnin ini.
KUALA LUMPUR 7 DIS: Situasi banjir di Kelantan dan Kedah terus menunjukkan perkembangan positif dengan penurunan mendadak jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri itu petang ini, selain bencana itu dilaporkan pulih di Pahang hari ini.
KUALA LUMPUR, 7 DIS: Tujuh unit kedai menjual ikan perhiasan musnah dalam kebakaran di Jalan Pudu di sini malam semalam.
NILAI, 7 DIS: Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) melaksanakan pembasmian besar-besaran tapak sampah haram di tujuh negeri, dengan penutupan 2,634 tapak lokasi sampah haram sepanjang tahun ini.
GOMBAK, 7 DIS: Sejumlah RM6 juta diperuntuk bagi melaksanakan program kutipan alam sekitar di 12 pihak berkuasa tempatan di negeri ini.
BUKIT MERTAJAM, 7 DIS: Malaysia mempunyai kekuatan dalam industri halal dan ia perlu diperluas melangkaui aspek pensijilan semata-mata, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
KULIM, 7 DIS: Lebih 1,000 sukarelawan terdiri penjawat dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) awam digerakkan ke tiga negeri bagi membantu penduduk terjejas banjir.
TUMPAT, 7 DIS: Dakwaan doktor dipukul penolong pegawai perubatan di sebuah hospital di Perak tidak boleh dipandang ringan dan siasatan secara menyeluruh sedang dibuat, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
KUALA PILAH, 7 DIS: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan memberi tumpuan kepada pembangunan tanah terbiar seluas kira-kira 91,000 hektar di seluruh negara untuk tanaman padi.
SEPANG, 7 DIS: Inisiatif Selangor memperkasa pembangunan industri aeroangkasa bakal mempermudah agenda penciptaan peluang kerja berpendapatan tinggi kepada graduan.
TUMPAT, 7 DIS: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 10,272 penyakit bawaan air di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan, Pahang dan Perak setakat semalam.
GOMBAK, 7 DIS: Isu pemilikan strata di Selangor dapat diselesaikan dengan adanya bantuan dana awalan daripada Tabung Penyelesaian Strata berjumlah RM10 juta yang diperuntuk dalam Belanjawan Selangor 2025.
KUALA LUMPUR, 7 DIS: Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan gelombang kedua banjir dalam tempoh dua minggu bermula esok, dengan Pahang dan Johor antara negeri yang dijangka turut terjejas dengan bencana itu kali ini.
BUTTERWORTH, 7 DIS: Harga beras import dari India berjaya diturunkan sedikit hasil rundingan bersama kerajaan India, semasa lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara berkenaan pada Ogos lepas.
JERTIH, 7 DIS: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) menganjurkan Program Jualan Ihsan Madani dengan menawarkan jualan harga barangan keperluan harian yang rendah khusus kepada mangsa banjir.
GOMBAK, 7 DIS: Lebih 5,000 orang berkunjung ke Jualan Termurah Madani peringkat Parlimen Gombak yang diadakan di Tapak Pasar Malam Taman Pinggiran Batu Caves di sini hari ini.
GEORGE TOWN, 7 DIS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa universiti awam khususnya di wilayah utara untuk memberi ruang yang secukupnya kepada pihak industri agar dapat bekerjasama dalam meneroka disiplin ilmu baharu melibatkan industri berteknologi tinggi.
KUALA LUMPUR, 7 DIS: Situasi banjir di enam negeri menunjukkan perkembangan positif, dengan jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini, berkurangan berbanding malam tadi.
KUALA LUMPUR, 6 DIS: Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) menyalurkan sumbangan berjumlah RM50,000 kepada 50 pengamal media serta ahli Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan).
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.