SHAH ALAM, 15 SEPT: Remaja perempuan berusia 14 tahun maut dipercayai terjatuh dari tingkat 21 di sebuah pangsapuri di Paya Terubong di sini, hari ini.
Difahamkan dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mayat mangsa ditemukan orang awam terbaring di tingkat enam yang menempatkan gerai penjaja.
Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh kakitangan perubatan yang berada di lokasi. Mayat dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat, lapor portal Berita Harian.
Berdasarkan maklumat, mangsa berasal dari Butterworth dan datang ke pangsapuri berkenaan kerana berkunjung ke rumah saudara.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad, mengesahkan kejadian itu.
"Punca kejadian masih dalam siasatan dan setakat ini kes diklasifikasi sebagai kematian mengejut (SDR)," katanya.