ad

Enam unit flat Pinggiran Batu Caves terbakar, tiada mangsa terlibat

15 Sep 2025, 7:50 AM
Enam unit flat Pinggiran Batu Caves terbakar, tiada mangsa terlibat
Enam unit flat Pinggiran Batu Caves terbakar, tiada mangsa terlibat
Enam unit flat Pinggiran Batu Caves terbakar, tiada mangsa terlibat

KUALA LUMPUR, 15 SEPT: Enam unit kediaman di tingkat lima Flat Pinggiran, Taman Pinggiran Batu Caves musnah dalam kebakaran pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.39 pagi dan jentera pertama tiba di lokasi sembilan minit kemudian.

Beliau berkata kebakaran berjaya dikawal pada 12.11 tengah hari dan tiada mangsa terlibat dalam insiden itu.

“Kebakaran melibatkan enam rumah flat dengan setiap unit berkeluasan 35x25 kaki persegi.

“Anggaran kemusnahan bagi tiga rumah adalah 100 peratus manakala masing-masing sebuah rumah terbakar 80 peratus, 60 peratus dan 40 peratus,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata 22 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang, Sungai Buloh, Gombak Selatan dan Shah Alam dengan lima jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

- BERNAMA

Enam unit kediaman di tingkat lima Flat Pinggiran, Taman Pinggiran Batu Caves musnah dalam kebakaran pada 15 September 2025. Foto JBPM Selangor

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.