ad

Pejabat Parlimen Gombak hulur bantuan segera kepada mangsa kebakaran Flat Pinggiran

15 Sep 2025, 10:07 AM

SHAH ALAM, 15 SEPT: Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak menghulurkan bantuan segera kepada mangsa kebakaran membabitkan enam unit kediaman di tingkat lima Flat Pinggiran, Taman Pinggiran Batu Caves.

Pegawai Operasi Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak, Jamil Azaman Razak berkata pihaknya memberikan bantuan berupa barangan makanan kepada mangsa, selain pek makanan kepada semua petugas terlibat.

“Kita sudah segerakan bantuan berupa barangan makanan. Tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka kerana semua mangsa mahu tinggal sementara di rumah keluarga berdekatan.

“Kita juga akan serahkan bantuan tunai esok. Setakat ini hanya dua keluarga yang terjejas teruk, manakala rumah dua keluarga lagi sedang disiasat sama ada masih sesuai diduduki atau tidak,” katanya kepada Media Selangor.

Difahamkan, dua lagi kediaman yang terlibat dalam kejadian kebakaran itu merupakan rumah tidak berpenghuni.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi tadi, enam unit kediaman dengan setiap unit berkeluasan 35x25 kaki persegi, di tingkat lima Flat Pinggiran, Taman Pinggiran Batu Caves terbakar.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata kebakaran berjaya dikawal pada 12.11 tengah hari dan tiada mangsa terlibat dalam insiden itu.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.