ad

Kejohanan memanah asah bakat, medan pemilihan ke SUKMA

14 Sep 2025, 1:08 PM
Kejohanan memanah asah bakat, medan pemilihan ke SUKMA
Kejohanan memanah asah bakat, medan pemilihan ke SUKMA
Kejohanan memanah asah bakat, medan pemilihan ke SUKMA
Kejohanan memanah asah bakat, medan pemilihan ke SUKMA
Kejohanan memanah asah bakat, medan pemilihan ke SUKMA

HULU LANGAT, 14 SEPT: Kejohanan memanah peringkat akar umbi memainkan peranan penting dalam mengenal pasti bakat baharu serta memberi pendedahan awal kepada atlet muda menjelang temasya Sukan Malaysia (SUKMA) tahun depan.

Timbalan Presiden Persatuan Memanah Putrajaya, Mohamad Nor Adha Abdullah berkata kejohanan seperti ini menjadi platform terbaik untuk peserta menilai prestasi semasa selain menjadi medan pemilihan awal bagi atlet berpotensi.

“Kita beri ruang dan pendedahan awal kepada peserta supaya mereka dapat membuat persiapan rapi sebelum ke SUKMA tahun depan.

Timbalan Presiden Memanah Putrajaya, Mohamad Nor Adha Abdullah ditemui ketika Pertandingan Memanah KMU Peringkat Negeri Selangor 2025 di Pusat Latihan Kelab Memanah AKMA, Seksyen 16, Bandar Baru Bangi pada 14 September 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

“Untuk Wilayah Persekutuan, kita sudah mengenalpasti senarai pendek peserta yang menunjukkan potensi tinggi. Fokus kini adalah pada latihan asas serta persiapan fizikal dan mental mereka,” katanya kepada Media Selangor.

Mohamad Nor Adha menambah, kejohanan ini bukan sekadar pertandingan tetapi menjadi penanda aras kepada kemajuan atlet yang telah dipilih ke program pembangunan sukan negeri dan kebangsaan.

Sementara itu, Engku Sharil Azwar Engku Razali, 39, bapa kepada salah seorang peserta dan wakil pelapis Selangor menyifatkan sokongan ibu bapa serta latihan konsisten menjadi antara faktor peningkatan prestasi anaknya.

“Skor anak saya meningkat sejak terpilih sebagai pelapis Selangor. Latihan dari Persatuan Memanah Selangor (SELAR) sangat membantu dan sokongan ibu bapa juga penting untuk kekuatan mental dan fizikal anak-anak,” jelasnya.

Engku Sharil Azwar Engku Razali, 39, ditemui pada Pertandingan Memanah KMU Peringkat Negeri Selangor 2025 di Pusat Latihan Kelab Memanah AKMA, Seksyen 16, Bandar Baru Bangi pada 14 September 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

Menurut beliau, kejohanan seperti itu turut memberi peluang kepada peserta muda untuk bersaing secara sihat dan kompetitif sekali gus mampu meningkatkan prestasi mereka dari semasa ke semasa.

Salah seorang peserta yang juga pelapis Selangor, Engku Iskandar Dzulqarnian Engku Sharil Azwar, 11, yang muncul juara bagi kategori bawah 12 tahun turut berkongsi gembira atas kejayaan diraihnya.

Engku Iskandar Dzulqarnain Engku Sharil Azwar, 11, ditemui ketika Pertandingan Memanah KMU Peringkat Negeri Selangor 2025 di Pusat Latihan Kelab Memanah Akma, Seksyen 16, Bandar Baru Bangi pada 14 September 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

“Saya sangat bangga kerana dapat menjadi johan dalam kategori bawah 12 tahun. Saingan memang sengit setiap peserta juga memberi yang terbaik.

“Saya cuba fokus dan ikut semua nasihat serta arahan jurulatih setiap kali latihan supaya saya dapat memperbaiki teknik dan ketepatan. Saya harap dapat terus maju dan wakili Selangor dalam kejohanan akan datang,” katanya.

Antara peserta yang menyertai Pertandingan Memanah KMU Peringkat Negeri Selangor 2025 di Pusat Latihan Kelab Memanah AKMA, Seksyen 16, Bandar Baru Bangi pada 14 September 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.