KUALA LUMPUR, 12 FEB: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan perlu merangkumi pelan tindakan jangka pendek, sederhana serta panjang dan perlu dilaksanakan merentasi setiap kementerian dan agensi berkaitan.
KUALA LUMPUR, 12 FEB: Majlis Amanah Rakyat (Mara) sedang mempertimbangkan untuk menaja pelajar Melayu dan bumiputera mengikuti pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi di Universiti Al-Azhar di Mesir.
SHAH ALAM, 12 FEB: Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak antara daerah diramal hujan lebat hingga 9 malam, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
SHAH ALAM, 12 FEB: Kerajaan belum memberikan lesen operasi kepada tiga syarikat baharu yang melaksanakan perkhidmatan sebagai Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) fasa pertama, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
KUALA LUMPUR, 12 FEB: Situasi banjir di Sarawak dan Sabah makin pulih dengan jumlah mangsa yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri itu setakat petang ini hanya 897 orang berbanding 1,086 orang pagi tadi.
SHAH ALAM, 12 FEB: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan kerajaan dan penganalisis politik Abdul Razak baginda membayar lebih RM9 juta kepada keluarga model Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu.
KUALA LUMPUR, 12 FEB: Malaysia tidak terkesan dengan peraturan baharu oleh kerajaan Arab Saudi yang tidak membenarkan kanak-kanak menyertai musim haji tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
PUTRAJAYA, 12 FEB: Program jerayawara pendidikan tinggi negara iaitu Jom Masuk U 2025 (JMU 2025) bakal memulakan siri jelajah ke 10 zon di seluruh negara bermula 22 Februari hingga 18 Mei depan, menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
SHAH ALAM, 12 FEB: Konsep ‘faham, hormat, terima’ perlu diterapkan dalam masyarakat untuk memastikan Malaysia kekal sebagai contoh negara harmoni dalam kepelbagaian agama dan budaya.
KUALA LUMPUR, 12 FEB: Cuaca panas dan kering dijangka melanda kebanyakan tempat terutamanya di kawasan utara Semenanjung termasuk Perak serta Pahang dan Kelantan bermula bulan ini sehingga Mei.
SHAH ALAM, 12 FEB: Kerajaan menerusi Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) akan memantau sebarang peningkatan harga tiket atau tambang bas ekspres pada musim perayaan Aidilfitri kali ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
KUALA LUMPUR, 12 FEB: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima panggilan telefon daripada rakan sejawatannya dari Qatar Sheikh Mohammed Abdulrahman Al-Thani, mengenai situasi terkini di Gaza, lewat malam tadi.
SHAH ALAM, 12 FEB: Sebanyak enam sekolah di Shah Alam akan menerima bilik darjah kabin menggunakan sistem binaan berindustri (IBS) tahun ini, bagi mengatasi isu kepadatan murid.
SHAH ALAM, 12 FEB: Sebanyak 72,864 unit merangkumi 101 projek perumahan mampu milik disediakan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan setakat 31 Januari, maklum menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).
KUALA LUMPUR, 12 FEB: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menolak sebarang dakwaan salah laku atau pelanggaran peraturan dalam urusan jual beli saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan kerugian yang dialami daripada penjualan itu.
PUTRAJAYA, 12 FEB: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu penggunaan Sistem Terimaan Elektronik Kerajaan Persekutuan (iPayment) diperluaskan kepada semua kementerian dan jabatan Persekutuan seawal Mac ini.
KUALA LUMPUR, 12 FEB: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bakal menerima sebuah kapal induk baharu buatan Turkiye yang dijangka mula beroperasi pada suku pertama 2027.
PUTRAJAYA, 12 FEB: Usul untuk menyeragamkan beberapa agensi kerajaan bagi menangani isu pertindihan fungsi akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet dalam masa terdekat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
KUALA LUMPUR, 12 FEB: Lima kenderaan musnah selepas sebuah gerai menjual mercun terbakar di Jalan Dataran Cheras 6, Dataran Perniagaan Cheras, Selangor malam ini.
KUALA LUMPUR, 11 FEB: Tiga selebriti yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didapati tidak terlibat menguruskan sebarang kegiatan milik syarikat perunding kewangan yang terbabit dalam kes rasuah dan pengubahan wang haram.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.